Oleh Natirah Azira • 19 May 2020 • 3 min baca
Tinggal beberapa hari lagi Ramadan akan menutup tirainya bagi memberi laluan kepada Syawal yang akan tiba.
Susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat yang masih berkuatkuasa – masjid dan surau pula ada yang masih tidak dibuka, atau bilangan jemaah yang dibenarkan hadir masih terhad. Maka, pasti semua sudah maklum bahawa kita akan menunaikan Solat Sunat Hari Raya Aidilfitri di rumah sahaja pada tahun ini.
“Ah sudah, macam mana pula nak tunaikan Solat Aidilfitri kali ini?”
“Khutbah raya siapa yang nak baca?”
Tenang wahai imam-imam sekalian. Pelaksanaannya tidak lah seberat yang kalian fikirkan. Bahkan sebenarnya teks khutbah boleh dikarang sendiri dengan syarat menepati rukun-rukun khutbah yang ditetapkan. Rukun bagi Solat Aidilfitri sama sahaja dengan rukun khutbah Jumaat.
Berikut kami kumpulkan teks-teks khutbah yang telah dikongsi oleh pengguna media sosial serta dari laman rasmi Jabatan Agama Islam bagi beberapa negeri untuk rujukan para pembaca.
Khutbah di bawah telah dikongsikan oleh Ustaz Hanafi di laman Facebook beliau. Ia boleh dibaca oleh ketua keluarga usai Solat Aidilfitri.
Khutbah Pertama:
1. Ucapkan Alhamdulillah
2. Membaca Selawat
“Allahumma solli ‘ala Muhammad wa ‘ala ali Muhammad”.
4. Memberi pesanan kepada makmum untuk bertakwa:
“Marilah kita semua meningkatkan taqwa kita kepada Allah”
5. Membaca 1 potong ayat Al-Quran yang difahami maknanya jika diterjemah (Contoh: Surah Al-Kauthar)
(Surat Al-Kauthar)
“Inna a’thoinakal kausar. Fasolli lirabbika wanhar. Inna syaniaka huwal abtar”.
Sekian khutbah pertama, pembaca khutbah bolehlah duduk sebentar sebelum menyambung khutbah kedua.
Khutbah Kedua:
1. Ucapkan Alhamdulillah
“Alhamdulillah”.
2. Membaca Selawat
“Allahumma solli ‘ala Muhammad wa ‘ala ali Muhammad”.
3. Memberi pesanan kepada makmum untuk bertakwa.
“Marilah kita semua meningkatkan taqwa kita kepada Allah”.
4. Membaca sepotong ayat Al-Quran (Contoh: Surah Al-Ikhlas)
(Surat Al-Ikhlas)
“Qul huwallahu Ahad. Allahus somad. Lam yalid walam yulad. Walam yakullahu kufuwan ahad”.
5. Membaca doa untuk seluruh orang Islam, contohnya;
“Ya Allah selamatkan kami semua dari Corona Virus. Ya Allah selamatkan kami semua di dunia dan akhirat”
Sekalipun ia sangat ringkas, ia masih sah dan boleh digunakan. Namun, sebaiknya tambahlah serba sedikit huraian dan doa mengikut kemampuan masing-masing. Anda boleh juga muat turun teks khutbah yang sudah dikarang oleh Dr Basri Husin di laman web theinspirasi.my
Manakala, jika anda inginkan khutbah yang lebih panjang dan lengkap, anda boleh terus memuat turun dari pautan di bawah:
1. Teks Khutbah Aidilfitri JAKIM
2. Teks Khutbah Aidilfitri Negeri Perak
3. Teks Khutbah Aidilfitri Negeri Perlis
4. Teks Khutbah Aidilfitri Negeri Kelantan
5. Teks Khutbah Aidilfitri Negeri Johor – Versi Jawi (https://bit.ly/2ThjnHx) dan Rumi (https://bit.ly/2TdOaVn)
6. Teks Khutbah Aidilfitri Negeri Selangor
7. Teks Khutbah Aidilfitri Pulau Pinang
8. Teks Khutbah Aidilfitri Negeri Pahang (Khutbah Pertama & Kedua)
9. Teks Khutbah Aidilfitri Negeri Terengganu
*Teks Khutbah Aidilfitri mengikut negeri akan dikemaskini dari semasa ke semasa berdasarkan dapatan daripada Jabatan Agama Islam Negeri.
Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.
Kempen Dakwah Digital
Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.