Ibadah

Tatacara Solat Sunat Aidilfitri Di Rumah Sepanjang PKP

Oleh Natirah Azira  •  18 May 2020  •  3 min baca

Masih ramai yang kelihatan keliru berkenaan hukum serta tatacara berkaitan Solat Sunat Hari Raya Aidilfitri di rumah berdasarkan tinjauan kami di media sosial. Hal ini mungkin kerana kita telah terbiasa menunaikannya secara berjemaah di masjid setiap tahun.

Ada yang bertanya – bolehkah solat ini dilakukan di rumah sahaja? Bagaimana pula dengan bilangan makmum yang sedikit? Bolehkah jika tidak membaca khutbah dan sebagainya.

Kali ini, Tzkrh akan menggariskan beberapa soalan lazim serta jawapannya untuk rujukan para pembaca sekalian. Berikut antaranya:

1. Apakah hukum Solat Aidilfitri?

Hukum Solat Aidilfitri adalah sunat muakkad.

2. Bilakah waktu menunaikan Solat Sunat Aidilfiti?

Sesudah terbit matahari, lebih kurang jam 8.00 pagi waktu Malaysia sehinggalah sebelum waktu Zohor.

3. Bolehkah ia dilakukan secara bersendirian?

Ia boleh dilakukan secara bersendirian mahupun secara berjemaah, bermakna ia boleh dilakukan di kediaman masing-masing.

4. Perlukah membaca khutbah apabila bersolat sendirian?

Biasanya khutbah raya akan dibaca oleh khatib selepas Solat Sunat Aidilfitri.

Namun, dalam keadaan kita yang bersolat di rumah kali ini, ia boleh dilaksanakan dengan khutbah atau tanpa khutbah mengikut kemampuan masing-masing.

Secara lebih jelas lagi, tidak disunatkan berkhutbah bagi orang yang mengerjakan sembahyang hari raya sendirian (Fatwa Irsyad Brunei)

5. Jika imam dan makmum kesemuanya wanita, adakah perlu membaca khutbah?

Tidak disunatkan juga bagi jemaah perempuan melainkan ada lelaki yang membacakan khutbah untuk mereka. (Fatwa Irsyad Brunei)

6. Lafaz Niat Solat Sunat Aidilfitri

Niat Secara Berseorangan

أُصَلِّي سُنَّةً لِعِيْدِ الْفِطْرِ رَكْعَتَيْنِ لِلَّهِ تَعَالَى

(Usolli sunnatan li ‘Aidil Fitri rok’ataini lillahi Taala)

“Sahaja aku solat sunat Aidil Fitri dua rakaat kerana Allah Taala.”

Niat Bagi Imam

أُصَلِّي سُنَّةً لِعِيْدِ الْفِطْرِ رَكْعَتَيْنِ إِمَامًا لِلَّهِ تَعَالَى

(Usolli sunnatan li ‘Aidil Fitri rok’ataini imaman lillahi Taala)

“Sahaja aku solat sunat Aidil Fitri dua rakaat menjadi imam kerana Allah Taala.”

Niat Bagi Makmum

أُصَلِّي سُنَّةً لِعِيْدِ الْفِطْرِ رَكْعَتَيْنِ مَأْمُوْمًا لِلَّهِ تَعَالَى

(Usolli sunnatan li ‘Aidil Fitri rok’ataini makmuman lillahi Taala)

“Sahaja aku solat sunat Aidil Fitri dua rakaat menjadi makmum kerana Allah Taala.”

7. Bagaimanakah takbir Aidilfitri?

a. Takbir Pertama

Memulakan dengan bertakbir hari raya oleh imam atau ketua yang melafazkannya.

اللَّهُ أَكْبَرُ، اللَّهُ أَكْبَرُ، اللَّهُ أَكْبَرُ، لَااِلٰهَ اِلَّا اللَّهُ وَاللَّهُ أَكْبَرُ، اللَّهُ أَكْبَرُ وَلِلَّهِ الْحَمْدُ

b. Disambut dengan lafaz takbir yang sama oleh para jemaah.

اللَّهُ أَكْبَرُ، اللَّهُ أَكْبَرُ، اللَّهُ أَكْبَرُ، لَااِلٰهَ اِلَّا اللَّهُ وَاللَّهُ أَكْبَرُ، اللَّهُ أَكْبَرُ وَلِلَّهِ الْحَمْدُ

c. Takbir Seterusnya

اللَّهُ أَكْبَرُ، اللَّهُ أَكْبَرُ، اللَّهُ أَكْبَرُ

اللَّهُ أَكْبَرُ كَبِيْرًا وَالْحَمْدُ لِلَّهِ كَثِيرًا وَسُبْحَانَ اللَّهِ بُكْرَةً واَصِيْلاً، لَااِلٰهَ اِلَّا اللَّهُ وَلَانَعْبُدُ اِلَّا إِيَّاهُ مُخْلِصِيْنَ لَهُ الدِّيْنَ، وَلَوْ كَرِهَ الكَا فِرُونَ، لَااِلٰهَ اِلَّا اللَّهُ وَحْدَهُ، صَدَقَ وَعْدَهُ، وَنَصَرَ عَبْدَهُ، وَأَعَزَّجُنْدَهُ وَهَزَمَ الْاَحْزَابَ وَاحْدَهُ، لَااِلٰهَ اِلَّااللَّهُ وَاللَّهُ أَكْبَرُ، اللَّهُ أَكْبَرُ وَلِلَّهِ الْحَمْدُ

d. Disambut dengan takbir semula oleh jemaah

اللَّهُ أَكْبَرُ، اللَّهُ أَكْبَرُ، اللَّهُ أَكْبَرُ، لَااِلٰهَ اِلَّا اللَّهُ وَاللَّهُ أَكْبَرُ، اللَّهُ أَكْبَرُ وَلِلَّهِ الْحَمْدُ

8. Bagaimana pelaksanaan Solat Sunat Aidilfitri?

Rakaat Pertama

1. Dimulai dengan lafaz niat Solat Aidilfitri, kemudian sebutkan takbiratul ihram (Allahuakbar) disertakan dengan niat di dalam hati.

2. Membaca doa iftitah.

3. Takbir sebanyak 7 kali diselangi dengan ucapan tasbih sebanyak 6 kali.

Setiap kali takbir (Allahuakbar) diikuti dengan bacaan Subhanaallah, wal hamdulillah, wala ilaha illAllah wallahu akbar.

4. Membaca Surah Al Fatihah

5. Membaca Surah lain daripada Al-Quran (disunatkan membaca Surah Al-A’la)

6. Meneruskan solat sehingga selesai rakaat pertama.

Rakaat Kedua

1. Takbir sebanyak 5 kali diselangi ucapan tasbih sebanyak 4 kali (takbir tersebut tidak termasuk takbir ketika bangun dari sujud)

Setiap kali takbir (Allahuakbar) diikuti dengan bacaan Subhanaallah, wal hamdulillah, wala ilaha illAllah wallahu akbar.

2. Membaca Al-Fatihah

3. Membaca mana-mana surah daripada Al-Quran (Sunat membaca Surah Al-Ghaasyiyah)

4. Meneruskan rakaat kedua sehingga selesai.

5. Memberi salam.

9. Di mana boleh mendapatkan teks khutbah?

Teks khutbah boleh dirujuk daripada lama web Jabatan Agama Islam Negeri masing-masing.

*Persoalan-persoalan baru yang boleh menjadi rujukan para pembaca akan dikemaskini dari semasa ke semasa.


Kongsikan Artikel Ini

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.

Natirah Azira

Beliau merupakan graduan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dalam bidang Al-Quran dan Sunnah. Pernah mendalami bidang Psikologi selama dua tahun dan sekarang sedang menyambung pengajian peringkat Ijazah Sarjana dalam bidang Kaunseling di Universiti Sains Malaysia.

Kempen Dakwah Digital

Boleh Sumbangkan RM50 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Langgan Siri Tazkirah

Dapatkan siri informasi islamik yang ringan dan santai terus kepada emel anda setiap minggu dengan mengisi emel anda di bawah.

Ikuti Kami