Ibadah

5 Kelebihan Lailatul Qadar Yang Disebut Dalam Surah Al-Qadr

Oleh Fizah Lee  •  14 May 2020  •  2 min baca

Dalam sedar tak sedar, kita sudah memasuki sepuluh malam terakhir Ramadan. Apa amalan kebiasaan yang sering kita dengar pada waktu-waktu ini ialah mencari Lailatul Qadar.

Banyak perkongsian yang telah dikongsikan mengenai amalan yang boleh dilakukan pada sepuluh malam terakhir Ramadan ini. Semuanya bergantung kepada individu itu sendiri sama ada untuk mengamalkannya atau dibiarkan berlalu seperti angin sepi.

Allah SWT menghadiahi umat Nabi Muhammad sebuah malam yang lebih baik daripada seribu bulan, iaitu Lailatul Qadar. Ia tidak diberikan kepada umat sebelumnya.

Mengapa Lailatul Qadar dikatakan sebuah malam yang paling istimewa dan manfaatnya adalah lebih baik daripada seribu bulan? Hal ini ada diceritakan dalam surah Al-Qadr.

#1 – Malam Al-Quran Diturunkan

Mafhum: “Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar.” (97:1)

#2 – Malam Yang Lebih Baik Dari Seribu Bulan

Mafhum: “Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan.” (97:3)

#3 – Malaikat Jibril Turun Pada Malam Ini

Mafhum: “Pada malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka.” (97:4)

Menurut Imam Qurthubi, para malaikat turun ke bumi bagi mengaminkan doa orang-orang yang berdoa pada malam tersebut.

Kehadiran mereka juga adalah sebagai pemandu kepada manusia untuk memperbanyakkan amal ibadah dan doa pada malam tersebut.

#4 – Dicatatkan Takdir Tahunan

Mafhum: “Dengan izin tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikutnya).” (97:4)

#5 – Malam Yang Sejahtera Sehingga Terbit Fajar

Mafhum: “Sejahteralah malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar.” (97:5)

Lailatul Qadar merupakan malam yang penuh berkat dan kebaikan. Di dalamnya tidak terdapat keburukan bermula dari terbenam matahari sehingga terbitnya fajar.

Turunnya para malaikat juga adalah untuk memberi rahmat kepada malam tersebut buat hamba-hambaNya yang taat sehingga terbitnya fajar.

Kesimpulan

Apabila kita melihat tanda-tanda Lailatul Qadar, ada yang menyebut ia malam yang dirasakan nyaman, tidak hangat dan panas seperti biasa dan langit juga kelihatan tenang.

Bahkan, banyak lagi tanda yang menjadi bukti kepada manusia untuk kekal taat kepada Allah. Disebabkan itu, sepanjang malam Qadar ini, mereka yang beribadah akan merasa nikmatnya ibadah tidak seperti kebiasaan.

Justeru, mulalah memperbanyakkan ibadah pada sepuluh malam terakhir ini untuk merasai nikmatnya Lailatul Qadar.

Syeikh Mustafa al-Maraghi melalui kitabnya menjelaskan, tidak ada malam yang lebih mulia dan agung dibandingkan dengan Lailatul Qadar.

Wallahu a’alam.

Rujukan:
Asbabun Nuzul ayat Al-Quran Terbitan PTS oleh Zulkifli Mohd Yusof dan Muhammad Mukhlis


Kongsikan Artikel Ini

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.

Fizah Lee

Merupakan seorang graduan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dalam bidang Bahasa Melayu untuk Komunikasi Antarabangsa. Seorang yang suka membaca bahan bacaan dalam bidang sejarah dan motivasi

Kempen Dakwah Digital

Boleh Sumbangkan RM50 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Langgan Siri Tazkirah

Dapatkan siri informasi islamik yang ringan dan santai terus kepada emel anda setiap minggu dengan mengisi emel anda di bawah.

Ikuti Kami