Oleh Natirah Azira • 2 May 2020 • 2 min baca
Kerajaan semalam telah mengumumkan pembukaan semula aktiviti ekonomi di seluruh negara yang dinyatakan akan dilakukan secara terkawal dan berhati-hati. Melihat kepada respon orang ramai di media sosial, ia jelas mengejutkan banyak pihak.
Walau bagaimanapun masih ada beberapa kategori industri yang belum dibenarkan beroperasi iaitu perniagaan dan aktiviti yang melibatkan perhimpunan ramai dan sentuhan badan di mana penjarakan sosial sukar dikawal. Antara contoh ialah taman tema, karnival jualan, bazar Ramadan, bazar Aidilfitri dan semua bentuk persidangan dan pameran.
Selain itu, aktiviti keagamaan seperti perarakan keagamaan, Solat Jumaat, solat jemaah, aktiviti yang melibatkan perhimpunan di rumah-rumah ibadat juga tidak dibenarkan.
Perkara ini menimbulkan respon yang pelbagai daripada umat Islam. Ada yang berpendapat bahawa jika sektor ekonomi dibuka dan tempat-tempat awam akan dipenuhi orang ramai semula maka sewajarnya masjid dan surau turut dibuka.
Hal ini juga mendapat perhatian YB Senator Datuk Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri. Inisiatif telah diambil dengan melakukan perbincangan dengan ashabus samahah mufti-mufti setiap negeri bagi membincangkan hal ini.
Tidak ketinggalan, perbincangan demi perbincangan masih dilakukan antara beliau dan juga pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan juga Majlis Keselamatan Negara (MKN) bagi mendapatkan kenyataan yang jelas tentang keadaan semasa negara dalam berhadapan COVOD-19 ini.
Menurut beliau lagi, banyak aspek perlu diambil kira sebelum kata putus dapat diambil contohnya aspek keselamatan, kesihatan serta kaedah pelaksanaan Prosedur Operasi Standard (SOP).
Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.
Kempen Dakwah Digital
Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.