Hukum

Apa Hukum Mandi Selepas Asar Di Bulan Puasa

Oleh Natirah Azira  •  26 Apr 2020  •  1 min baca

Ketika kecil dahulu pasti ada antara kita yang pernah dilarang mandi selepas Asar di bulan Ramadan. Alasannya makruh kerana kita umpama menyegarkan semula badan dan ujian kepenatan puasa itu tidak terasa lagi.

Dan isu ini tidak dinafikan masih berlegar dalam kalangan masyarakat Islam hari ini.

Benarkah dakwaan ini?

Mandi selepas Asar atau sebelum berbuka tidak makruh sebenarnya. Bahkan Rasulullah SAW sendiri pernah menyejukkan badannya ketika berpuasa kerana cuaca yang panas.

Daripada Abu Bakar bin Abdurrahman RA:

حدثني مَنْ رَأَى النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِي يَوْمِ صائف يصب على رأسه الماء من شدة الحر والعطش وهو صائم

Maksudnya: “Telah menceritakan kepadaku seseorang yang pernah melihat Nabi SAW pada hari Saif menyiram air ke atas kepala Baginda kerana sangat panas dan dahaga sedangkan dia berpuasa.”

Dalam hadis lain menyebutkan bahawa Nabi SAW juga pernah mandi ketika berpuasa. Berdasarkan hadis di atas, jelaslah bahawa perkhabaran tentang makruhnya mandi selepas Asar selama ini adalah tidak benar.

Tidak salah untuk kita menyegarkan diri atau ingin membersihkan diri lebih awal supaya sebaik sahaja selesai berbuka, kita terus boleh menyegerakan solat dan ibadah yang lain. Wallahua’lam.


Kongsikan Artikel Ini

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.

Natirah Azira

Beliau merupakan graduan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dalam bidang Al-Quran dan Sunnah. Pernah mendalami bidang Psikologi selama dua tahun dan sekarang sedang menyambung pengajian peringkat Ijazah Sarjana dalam bidang Kaunseling di Universiti Sains Malaysia.

Kempen Dakwah Digital

Boleh Sumbangkan RM50 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Langgan Siri Tazkirah

Dapatkan siri informasi islamik yang ringan dan santai terus kepada emel anda setiap minggu dengan mengisi emel anda di bawah.

Ikuti Kami