Oleh Natirah Azira • 17 Apr 2020 • 1 min baca
Solat jemaah dari segi syara’ bermakna menyambungkan solat yang dilakukan dengan mengikut perbuatan imam. Apabila disebut solat berjemaah, ia adalah solat yang ditunaikan sekurang-kurangnya oleh seorang imam dan seorang makmum. Sekalipun hanya dua orang, ia tetap dipanggil solat berjemaah.
Seperti yang kita ketahui, orang yang melakukan solat berjemaah akan diganjari dengan 27 darjat kebaikan.
Adakah ia juga sama bagi orang yang tidak berjemaah di masjid dan hanya melakukannya di rumah? Adakah ganjaran 27 darjat juga buat solat jemaah yang hanya ada seorang imam dan seorang makmum?
Daripada Abu Hurairah bahawa Nabi SAW bersabda :
Maksudnya: “Solat secara berjemaah lebih baik daripada solat bersendirian sebanyak 27 darjat.” (Riwayat Muslim, no. 1509)
Solat berjemaah sama ada di masjid atau di rumah sama sahaja ganjarannya. Ia lebih afdhal dilakukan di masjid bagi lelaki, namun melihat kepada keadaan semasa jangkitan COVID-19 yang masih belum pulih, serta Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang tidak membenarkan sebarang solat jemaah dan perkumpulan di masjid, maka solat jemaah di rumah sudah memadai.
Solat berjemaah adalah sunat yang sangat dituntut (muakkadah) dan makruh meninggalkannya. Justeru ia tidak bergantung kepada ramai atau tidak makmum yang ikut serta. Kita masih boleh berusaha untuk menunaikan solat jemaah bersama teman serumah atau ahli keluarga sepanjang PKP ini.
Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.
Kempen Dakwah Digital
Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.