Keluarga

Status Hadis – Benarkah Mencium Isteri Diganjarkan 10 Kali Ganda Pahala

Oleh Fizah Lee  •  14 Apr 2020  •  2 min baca

Saya tertarik dengan perkongsian yang dibawakan melalui ruangan seorang artis beberapa hari lepas berkenaan hikmah sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan yang telah medapat respon pengikut-pengikut beliau di Instagramnya.

Rata-rata menyebut mengenai hikmah yang diperoleh bersama keluarga. Jika sebelum ini, masa yang diperuntukkan bersama keluarga sangatlah terhad, namun kini masing-masing mempunyai ruang untuk mengeratkan hubungan bersama yang tersayang.

Ada juga pasangan yang hampir menggunakan jalan terakhir untuk menyelesaikan kemelut rumah tangga yang dihadapi, namun hikmah PKP menampakkan perubahan dalam diri pasangan sehingga rumah tangga berubah kepada 360 darjah dengan penuh bahagia.

Inilah yang dikatakan, dalam satu musibah yang melanda, terselit seribu hikmah yang mendatang. Walau masih ada lagi yang mencari hikmah di sebalik ujian yang ada, namun percayalah suatu hari nanti anda akan merasainya juga.

Berbicara mengenai isu rumah tangga, ramai yang memberi tips dan pesanan kepada pasangan untuk sama-sama mengambil ruang yang ada ini supaya digunakan dengan baik.

Tanamlah perasaan kasih-sayang kepada pasangan masing-masing dan suburkan rasa cinta seolah-olah anda baru mula-mula berada di gerbang perkahwinan.

Ada juga yang menyebut bahawa suami yang mencium isteri akan mendapat ganjaran sepuluh kali pahala kerana nilai kasih sayang yang ada padanya.

Suami yang berbuat baik kepada isteri sama ada dengan membantunya melakukan kerja rumah, memberi nafkah dan keperluan yang cukup serta menebarkan rasa cinta kepadanya termasuk dalam perbuatan yang baik dan diganjarkan pahala yang setimpal terhadapnya.

Namun, benarkah akan hadis yang disebut di atas, iaitu ganjaran sepuluh kali pahala buat suami yang mencium isterinya? Menerusi penjelasan yang diberikan oleh Mufti Wilayah, ia tidak terdapat dalam mana-mana periwayatan hadis. Justeru, statusnya ialah palsu dan tidak sahih.

Walau bagaimanapun, terdapat sebuah dalil daripada al-Quran yang menyebut akan ganjaran kepada mereka yang melakukan kebaikan, maka akan diberi sepuluh kali pahala.

مَن جَاءَ بِالْحَسَنَةِ فَلَهُ عَشْرُ أَمْثَالِهَا

Mafhum: “Sesiapa yang membawa amal kebaikan (pada hari kiamat), maka baginya (balasan) sepuluh kali ganda (dari kebaikan) yang sama dengannya.”

Justeru, melalui dalil di atas, kita dapat faham bahawa setiap kebaikan yang dilakukan akan diberi sebanyak sepuluh kali ganjaran pahala. Dan ia adalah termasuk dengan kebaikan yang dilakukan terhadap isteri sendiri. Begitu juga kebaikan yang si isteri lakukan terhadap suami.

Ganjaran 10 kali ganda tersebut bukan dikhususkan buat suami yang mencium isteri sahaja tetapi semua jenis kebaikan yang dilakukan.

Tuntasnya, kita perlulah beramal dan menyebarkan sesuatu yang sahih berdasarkan nas yang betul di sisi Islam.

Wallahu a’alam.


Kongsikan Artikel Ini

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.

Fizah Lee

Merupakan seorang graduan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dalam bidang Bahasa Melayu untuk Komunikasi Antarabangsa. Seorang yang suka membaca bahan bacaan dalam bidang sejarah dan motivasi

Kempen Dakwah Digital

Boleh Sumbangkan RM50 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Langgan Siri Tazkirah

Dapatkan siri informasi islamik yang ringan dan santai terus kepada emel anda setiap minggu dengan mengisi emel anda di bawah.

Ikuti Kami