Terkini, menurut data yang telah dikeluarkan oleh Universiti Johns Hopkins, lebih 300 000 orang telah dijangkiti COVID-19 dan telah mengorbankan sebanyak 12 944 nyawa.
Pelbagai usaha yang telah diambil oleh seluruh negara bagi menangani penularan wabak ini. Malaysia sendiri telah mengambil langkah berjaga-jaga dengan mengeluarkan Perintah Kawalan Berkurung dan menyebarkan berita terkini untuk diambil perhatian.
Baru-baru ini juga, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri memutuskan bahawa kaedah azan di Wilayah persekutuan diubah sedikit, iaitu menggantikan lafaz hayya ‘alassolah dengan Sollu fi buyutikum, iaitu solatlah di rumah kamu.
Walau bagaimanapun, bagaimana dengan jawapan azan yang disunatkan untuk dibaca? Apabila berlakunya perubahan kepada azan yang dilaungkan, adakah juga berlaku perubahan pada jawapan azan?
Berdasarkan penerangan yang telah diberikan oleh Dr Zulkifli Al-Bakri melalui laman Twitter beliau, para ulama telah mengqiaskan ia dengan mengatakan bahawa sunat menjawab dengan la haulawala quwaata illa billah.
Jumhur ulama membahaskan bahawa tiada dalil yang khusus sama ada daripada Al-Quran mahupun sunnah berkenaan lafaz khusus untuk menjawab lafaz azan yang telah dilaungkan.
Disebabkan itu, jumhur ulama mengatakan sunat menjawab dengan al-haiqalah, iaitu lafaz la haula wala quwwata illa billah kerana ia adalah diqiyaskkan dengan lafaz azan tersebut.
Ia adalah pendapat yang dpersetujui oleh jumhur ulama seperti Imam al-Isnawi, Imam Zakariyya al-Ansari, Syeikh al-Khatib al-Syarbini dan juga Syeikh Abu Bakar al-Dimyati.
Oleh itu, jawapan kepada laungan azan tersebut masih sama dan tiada perubahan walaupun azan tersebut telah diubah sedikit berikutan untuk mengelakkan wabak daripada terjangkiti.
Peristiwa laungan azan agar solat dilakukan di rumah bukan perkara yang asing kerana ia pernah berlaku pada zaman Nabi SAW. Jadi, ia adalah sunnah yang perlu dipatuhi apabila ditimpa sesuatu musibah yang boleh menyukarkan seseorang itu ke masjid ada yang memberi kemudaratan kepada sekeliling.
Daripada Usamah bin ‘Umar RA berkata: “Pada hari peperangan Hunaian, telah berlaku hujan yang teramat lebat. Maka, Nabi SAW mengarahkan muazzin untuk melaungkan – ‘Solatlah di rumah.'” (Hadis Riwayat Abu Daud, no. 1057)
Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.
Kempen Dakwah Digital
Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.