Berita

COVID-19 – Masjid Al-Aqsa Ditutup Bagi Orang Ramai Bermula Hari Ini

Oleh Natirah Azira  •  23 Mar 2020  •  1 min baca

Masjid Al-Aqsa, Baitulmaqdis mula ditutup kepada orang ramai bermula hari ini. Perkara ini diumumkan pada Ahad oleh Kementerian Wakaf dan Hal Ehwal Islam di Jordan yang merupakan penjaga tapak suci umat Islam itu.

Solat atau perhimpunan dilarang bagi mengekang penularan COVID-19 di kawasan tersebut.

Menurut pihak Kementerian Wakaf lagi, hal ini berat untuk diputuskan namun terpaksa dilakukan demi menjaga nyawa dan kesihatan masyarakat setempat ekoran bilangan orang yang dijangkiti wabak itu semakin bertambah.

Menurut laporan, orang ramai juga tidak dibenarkan solat di kawasan terbuka sekitar masjid manakala semua pintu masuk masjid dan Masjid Kubah (Dome of the Rock) ditutup.

Walau bagaimanapun, azan masih boleh dilaungkan seperti biasa. Pekerja masjid serta pengawal pula masih dibenarkan untuk bersolat di sana.


Kongsikan Artikel Ini

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.

Natirah Azira

Beliau merupakan graduan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dalam bidang Al-Quran dan Sunnah. Pernah mendalami bidang Psikologi selama dua tahun dan sekarang sedang menyambung pengajian peringkat Ijazah Sarjana dalam bidang Kaunseling di Universiti Sains Malaysia.

Kempen Dakwah Digital

Boleh Sumbangkan RM50 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Langgan Siri Tazkirah

Dapatkan siri informasi islamik yang ringan dan santai terus kepada emel anda setiap minggu dengan mengisi emel anda di bawah.

Ikuti Kami