Gaya Hidup

Adakah Allah Mencatat Pahala Untuk Niat Melakukan Dosa Yang Tidak Dibuat?

Oleh Fizah Lee  •  9 Mar 2020  •  2 min baca

Jika berniat melakukan kebaikan, Allah akan mengganjarkan satu pahala kepadanya. Jika kebaikan tersebut berjaya dilaksanakan, Allah akan mengganjarkan sepuluh lagi kebaikan kepada si pelakunya.

Diceritakan dalam beberapa hadis lagi, jika seseorang itu berniat untuk melakukan kejahatan, malaikat belum mencatatkan dosa baginya selagi mana seseorang itu belum melakukannya. Namun, jika dia telah melakukan perbuatan jahat dan dosa tersebut, maka malaikat akan mencatatkan satu dosa ke atasnya.

Baiknya Allah memberikan pahala dan ganjaran kepada hambaNya. Begitu mudah untuk mendapat pahala, dengan niat sahaja seseorang itu sudah berjaya mendapat ganjaran apatah lagi jika melakukannya.

Daripada Ibn Abbas RA, daripada Nabi SAW, Baginda bersabda:

إِنَّ اللَّهَ كَتَبَ الحَسَنَاتِ وَالسَّيِّئَاتِ ثُمَّ بَيَّنَ ذَلِكَ، فَمَنْ هَمَّ بِحَسَنَةٍ فَلَمْ يَعْمَلْهَا كَتَبَهَا اللَّهُ لَهُ عِنْدَهُ حَسَنَةً كَامِلَةً، فَإِنْ هُوَ هَمَّ بِهَا فَعَمِلَهَا كَتَبَهَا اللَّهُ لَهُ عِنْدَهُ عَشْرَ حَسَنَاتٍ إِلَى سَبْعِ مِائَةِ ضِعْفٍ إِلَى أَضْعَافٍ كَثِيرَةٍ، وَمَنْ هَمَّ بِسَيِّئَةٍ فَلَمْ يَعْمَلْهَا كَتَبَهَا اللَّهُ لَهُ عِنْدَهُ حَسَنَةً كَامِلَةً، فَإِنْ هُوَ هَمَّ بِهَا فَعَمِلَهَا كَتَبَهَا اللَّهُ لَهُ سَيِّئَةً وَاحِدَةً

Maksud: “Sesungguhnya Allah telah menetapkan nilai kebaikan dan kejahatan, kemudian Dia menjelaskannya. Maka, barangsiapa berniat mengerjakan kebaikan tetapi tidak dikerjakannya, Allah mencatatnya sebagai satu kebaikan lalu ia mengerjakannya. Allah mencatatnya sebagai 10 sehingga 700 kali kebaikan atau lebih banyak lagi. Jika ia berniat melakukan kejahatan, tetapi tidak mengerjakannya, Allah mencatatkan padanya satu kebaikan yang sempurna. Jika ia berniat melakukan kejahatan lalu dikerjakannya, Allah mencatatnya sebagai satu kejahatan.” (Hadis Riwayat Bukhari, no. 6491)

Jika seseorang itu meniatkan kejahatan, malaikat pencatat amal tidak akan mencatatkan dosa baginya selagi mana seseorang itu tidak melakukannya. Namun, jika dia tidak melakukannya, adakah Allah akan memberi kemaafan kepadanya dan mencatatkan pahala kerana telah berjaya melawan nafsu dan godaan syaitan.

Menurut pendapat jumhur ulama seperti Imam Nawawi menyebutkan bahawa, Allah memberi kemaafan ke atas seseorang yang berniat kejahatan tetapi tidak melakukannya. Namun, sebahagian jumhur ulama lain menyebut bahawa Allah akan mencatatkan pahala ke atasnya jika kejahatan itu tidak berjaya dilaksanakan.

إِنَّ اللَّهَ تَجَاوَزَ عَنْ أُمَّتِي مَا حَدَّثَتْ بِهِ أَنْفُسَهَا، مَا لَمْ تَعْمَلْ أَوْ تَتَكَلَّمْ

Maksud: “Sesungguhnya Allah memaafkan umatku ke atas apa yang terlintas di dalam dirinya selama dia tidak melakukannya atau bercakap tentangnya.” (Hadis Riwayat Bukhari, no. 5269)

Tuntasnya, jika niat untuk melakukan kejahatan itu tidak berjaya dilaksanakan, maka Allah akan memberi kemaafan dan mencatatkan pahala kepadanya.


Kongsikan Artikel Ini

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.

Fizah Lee

Merupakan seorang graduan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dalam bidang Bahasa Melayu untuk Komunikasi Antarabangsa. Seorang yang suka membaca bahan bacaan dalam bidang sejarah dan motivasi

Kempen Dakwah Digital

Boleh Sumbangkan RM50 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Langgan Siri Tazkirah

Dapatkan siri informasi islamik yang ringan dan santai terus kepada emel anda setiap minggu dengan mengisi emel anda di bawah.

Ikuti Kami