Darah termasuk perkara yang tidak boleh dimakan atau ditelan.
Allah Taala berfirman,
حُرِّمَتْ عَلَيْكُمْ الْمَيْتَةُ وَالدَّمُ
“Diharamkan bagimu (memakan) bangkai dan darah.” (Surah Al-Maidah 5:3)
Bagaimana pula jika gigi baru sahaja dicabut dan darah masih mengalir keluar daripada gusi. Adakah boleh menelannya? Adakah solat masih sah?
Pertama sekali, mari kita telusuri hukumnya dari saat mengambil wuduk.
Gusi berdarah tidak membatalkan wuduk, maka seseorang boleh sahaja mengambil wuduk seperti biasa (berkumur dan meneruskan ke anggota wuduk yang lain).
Apabila ingin solat pula, bolehlah menyediakan tisu atau sapu tangan atau bekas di tepi sejadah. Jadi apabila darah terasa mengalir keluar dari gusi, boleh sahaja meludah darah tersebut pada tisu atau sapu tangan yang telah disediakan.
Jika masih terasa saki baki darah (seakan-akan bau darah) yang masih ada di dalam mulut yang bercampur dengan air liur dan tidak dapat dibezakan, ianya tidak mengapa.
Tindakan meludah darah ini pernah dilakukan oleh seorang lelaki bernama Ibnu Abi Aufa. Kisah ini ada dicatatkan dalam Kitab Al-Bukhari,
“Ibnu Abi Aufa pernah meludahkan darah dan beliau tetap melanjutkan solatnya.” (Sahih Bukhari, 1/46)
Bahkan jika dilihat, para sahabat terdahulu selalu sahaja bersolat dalam keadaan badan yang luka dan masih mengeluarkan darah kerana perang.
Tuntasnya, Islam tidak menyusahkan penganutnya, tetapi ia perlu dilihat sebagai cabaran untuk tetap berdisiplin, cekal serta tekun dalam beribadah. Sentiasa ada cara tertentu yang boleh dilakukan kerana Islam itu juga bersifat fleksibel pada pelaksanaannya dalam kerangka yang dibenarkan.
Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.
Kempen Dakwah Digital
Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.