Oleh Natirah Azira • 28 Feb 2020 • 2 min baca
Persoalan nikah cerai dalam Islam adalah isu yang kompleks dan perlu difahami dengan teliti. Menurut kaedah Islam, apabila seseorang wanita diceraikan atau kematian suami, maka wanita tersebut perlu melalui satu tempoh ‘iddah atau tempoh menunggu sebelum boleh berkahwin semula.
Terdapat beberapa keadaan yang menentukan tempoh iddah (kerana perceraian) bagi wanita Islam:
1. Jika wanita diceraikan ketika sedang mengandung. Iddahnya berakhir sebaik sahaja anaknya dilahirkan.
2. Jika wanita diceraikan ketika dalam keadaan haid, iddahnya tamat apabila datang haid yang keempat.
3. Jika wanita itu diceraikan dalam keadaan suci, maka tempoh iddahnya adalah selama tiga bulan.
Jika suami atau isterinya telah ikut masuk Islam dalam tempoh ‘iddah, akad perkahwinan tidak perlu dilakukan sekali lagi. Perkahwinan yang dijalankan walau dalam cara agama asal masih dikira sah.
Hukum ini disandarkan kepada beberapa hadis nabi dan juga kisah isteri Safwan bin Umayyah yang memeluk Islam pada hari pembukaan Mekah dan suaminya ikut masuk Islam sekitar satu bulan kemudian. Rasulullah SAW tidak memisahkan kedua-duanya dan mereka kekal dalam ikatan perkahwinan yang sedia ada. (Riwayat Imam Malik)
Walau bagaimanapun, jika pasangan ikut masuk Islam setelah tamat tempoh iddah, majoriti ulama berpendapat bahawa wajib untuk melakukan akad nikah yang baru. Walau bagaimanapun mengikut undang-undang keluarga Islam Wilayah Persekutuan, proses pembubaran perkahwinan ini perlu disahkan oleh pihak mahkamah terlebih dahulu.
Usaha untuk memujuk pasangan juga masih boleh dilakukan dalam tempoh iddah. Di sebalik niat murni seseorang ingin memeluk Islam, sewajarnya dia melakukan perbincangan awal dengan pasangan dan mencapai kata sepakat.
Rujukan:
Addeen.my
Jabatan Kemajuan Islam (JAKIM)
Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.
Kempen Dakwah Digital
Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.