Sejarah

Mengapa Mekah Digelar Tanah Haram

Oleh Fizah Lee  •  18 Feb 2020  •  2 min baca

Pernahkah anda terfikir mengapa Masjidil Haram digelar sebagai Tanah Haram? Ia telah dibina pada zaman Nabi Ibrahim dan puteranya, Nabi Ismail.

Kata haram memiliki dua maksud yang berbeza, iaitu haram yang bermaksud terlarang (yahrumu) dan haram yang membawa erti kehormatan (ihtiram).

Menurut jumhur ulama, Tanah Haram bagi Masjidil Haram membawa maksud tanah yang tidak boleh dicemari kerana terdapat banyak aturan yang tidak boleh dilanggar.

Hal ini ada dinyatakan melalui Misbah Al-Munir (2/357):

والبلد الحرام أي لا يحل انتهاكه

Maksud: “Tanah Haram bermaksud tanah yang tidak halal untuk dilanggar.”

Jika dilihat, terdapat pelbagai perkara yang tidak boleh dilakukan di tanah suci tersebut. Bahkan, golongan bukan Islam juga tidak dibenarkan melangkah ke Masjidil haram. Pada musim Haji, jika ada yang melanggar aturan dan syarat yang dikenakan, maka wajib ke atasnya untuk membayar dam (denda).

Terdapat beberapa dalil yang menunjukkan bahawa tanah itu suci dan digelar sebagai tanah haram, iaitu:

#1 – Kemuliaan Kota Mekah

إِنَّ هَذَا الْبَلَدَ حَرَّمَهُ اللَّهُ يَوْمَ خَلَقَ السَّمَوَاتِ وَالْأَرْضَ فَهُوَ حَرَامٌ بِحُرْمَةِ اللَّهِ إِلَى يَوْمِ الْقِيَامَةِ

Maksud: “Sesungguhnya kota ini, Allah telah memuliakannya pada hari penciptaan langit dan bumi. Ia adalah kota suci dengan dasar kemuliaan yang Allah tetapkan sampai hari kiamat.” (Hadis Riwayat Bukhari, no. 3189)

#2 – Larangan Orang Kafir Memasuki Kota Mekah

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِنَّمَا الْمُشْرِكُونَ نَجَسٌ فَلَا يَقْرَبُوا الْمَسْجِدَ الْحَرَامَ بَعْدَ عَامِهِمْ هَـٰذَا

Mafhum: “Wahai orang-orang yang beriman! Sesungguhnya (kepercayaan) orang-orang kafir musyrik itu najis, oleh itu janganlah mereka menghampiri Masjid Al-haram sesudah tahun ini.” (Surah At-taubah, 9:28)

#3 – Keamanan Kota Mekah

وَإِذْ قَالَ إِبْرَاهِيمُ رَبِّ اجْعَلْ هَـٰذَا الْبَلَدَ آمِنًا وَاجْنُبْنِي وَبَنِيَّ أَن نَّعْبُدَ الْأَصْنَامَ

Mafhum: “Dan (ingatlah) ketika Nabi Ibrahim berdoa dengan berkata: “Wahai Tuhanku! Jadikanlah negeri Mekah ini negeri yang aman, dan jauhkanlah daku dan anak-anakku dari perbuatan menyembah berhala.” (Surah Ibrahim, 14:35)

Sumber:
Muslim.or.id


Kongsikan Artikel Ini

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.

Fizah Lee

Merupakan seorang graduan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dalam bidang Bahasa Melayu untuk Komunikasi Antarabangsa. Seorang yang suka membaca bahan bacaan dalam bidang sejarah dan motivasi

Kempen Dakwah Digital

Boleh Sumbangkan RM50 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Langgan Siri Tazkirah

Dapatkan siri informasi islamik yang ringan dan santai terus kepada emel anda setiap minggu dengan mengisi emel anda di bawah.

Ikuti Kami