Hukum

Halalkah Haiwan Yang Disembelih Tanpa Nama Allah

Oleh Fizah Lee  •  20 Jan 2020  •  3 min baca

Islam menganjurkan umatnya untuk berbuat ihsan terhadap sekeliling sama ada terhadap haiwan untuk disembelih atau dibunuh.

Bahkan, selalunya kita akan melihat proses penyembelihan umat Islam yang amat berbeza dengan cara Barat. Bermula dengan memastikan pisau yang digunakan untuk disembelih diasah agar tidak menyakitkan penyembelihan, memberi haiwan tersebut makan dan juga menyebut nama Allah sebelum disembelih.

ﺇِﻥَّ ﺍﻟﻠَّﻪَ ﻛَﺘَﺐَ ﺍﻟْﺈِﺣْﺴَﺎﻥَ ﻋَﻠَﻰ ﻛُﻞِّ ﺷَﻲْﺀٍ ﻓَﺈِﺫَﺍ ﻗَﺘَﻠْﺘُﻢْ ﻓَﺄَﺣْﺴِﻨُﻮﺍ ﺍﻟْﻘِﺘْﻠَﺔَ ﻭَﺇِﺫَﺍ ﺫَﺑَﺤْﺘُﻢْ ﻓَﺄَﺣْﺴِﻨُﻮﺍ ﺍﻟﺬَّﺑْﺢَ ﻭَﻟْﻴُﺤِﺪَّ ﺃَﺣَﺪُﻛُﻢْ ﺷَﻔْﺮَﺗَﻪُ ﻓَﻠْﻴُﺮِﺡْ ﺫَﺑِﻴﺤَﺖَ

Maksud: “Sesungguhnya Allah mewajibkan berbuat baik (ihsan) atas segala sesuatu. Jika kalian membunuh, maka berbuat ihsanlah dalam cara pembunuhan dan jika kalian menyembelih, maka berbuat ihsanlah dalam cara menyembelih, dan hendaklah salah seorang dari kalian menajamkan parangnya dan menyenangkan sembelihannya.” (Hadis Riwayat Muslim, no. 1955)

Dari sekecil perkara sehingga ke sebesar-besarnya, kita perlu menitikberatkan ihsan terhadap mereka agar dikurangkan kesakitan.

Berikutan dengan membaca nama Allah sebelum penyembelihan, jumhur ulama berpendapat bahawa ia merupakan salah satu syarat penyembelihan bagi menghalalkan binatang tersebut.

Bahkan, terdapat sebahagian ulama yang berpendapat bahawa, haram memakan makanan yang tidak disembelih tanpa nama Allah.

Walau bagaimanapun, kadang-kadang kita akan makan di restoran-restoran yang tidak diketahui sama ada daging yang dimasak itu menggunakan nama Allah dalam proses penyembelihannya. Barangkali mereka menggunakan daging import yang diproses menggunakan mesin.

Jadi, apakah hukum memakan daging ini dan bagaimana pula dengan statusnya?

Terdapat dua pendapat daripada empat mazhab yang telah dibahaskan oleh para ulama, iaitu:

#1 – Halal Dimakan

Mazhab Syafi’e, Hanbali dan Maliki menghukumkan daging ini adalah halal dimakan walaupun semasa proses penyembelihannya tidak disebut nama Allah kerana ia hanya sunnah dan bukan syarat sah untuk penyembelihan.

Yang menjadikannya tidak halal ialah jika haiwan tersebut disembelih dengan nama tuhan lain. Hal ini ada disebut dalam kitab-kitab dari golongan mazhab Syafi’e:

وأجاب عنه الشافعية أن المراد مما لم يذكر اسم الله عليه بأن ذكراسم غيره عليه فنزلت الآية ناهيا لهم عن أن يأكلوا مما سموا عليه آلهتهم بخلاف ما لم يسم عليه أصلا فيحل، لأن التسمية سنة عندنا

Maksud: “Golongan Syafi’iyyah menjawab bahawa yang dimaksudkan tidak disebut dengan nama Allah adalah menyebut dengan nama tuhan lain selain Allah. Maka, disebabkan itu turunlah ayat yang melarang mereka memakan makanan yang telah disembelih dengan menyebut nama tuhan-tuhan mereka. Berbeza jika pada awalnya telah disedari (sembelihan itu) tanpa basmallah, maka itu adalah halal. Kerana mengucapkan basmallah adalah sunnah.” (Hadis Riwayat Baihaqi, 1/286)

Tambahnya lagi, cukuplah proses memasak atau sebelum makan itu disebut dengan nama Allah, maka makanan itu adalah halal dimakan (terhadap makanan yang halal).

Manakala dalam Mazhab Hanbali, menyebutkan tasmiyyah atau nama Allah adalah syarat sah tetapi tidak mengapa sekiranya terlupa.

#2 – Haram Dimakan

Mazhab Hanafi berpendapat haram dimakan daging yang tidak disembelih dengan nama Allah berdasarkan dalil daripada Al-Quran yang menyebut:

وَلَا تَأْكُلُوا مِمَّا لَمْ يُذْكَرِ اسْمُ اللَّـهِ عَلَيْهِ وَإِنَّهُ لَفِسْقٌ

Mafhum: “Dan janganlah kamu makan dari (sembelihan binatang-binatang halal) yang tidak disebut nama Allah ketika menyembelihnya, kerana sesungguhnya yang sedemikian itu adalah perbuatan fasik (berdosa).” (Surah Al-An’am, 6:121)

Pendapat ini juga dipegang oleh Mazhab Maliki – bacaan tasmiyyah adalah syarat sah dan tidak boleh ditinggalkan secara sengaja namun tidak mengapa sekiranya tidak sengaja.

Kesimpulan

Walau bagaimanapun, menurut pendapat jumhur ulama (pendapat majoriti) mewajibkan untuk menyebut nama Allah untuk menyembelih, umat Islam seeloknya memilih untuk memakan haiwan yang diyakini cara penyembelihannya adalah halal.

Wallahu a’alam.

Baca juga:
Hikmah Penyembelihan Dari Sudut Sains

Rujukan:
Islam.Nu.Or.Id


Kongsikan Artikel Ini

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.

Fizah Lee

Merupakan seorang graduan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dalam bidang Bahasa Melayu untuk Komunikasi Antarabangsa. Seorang yang suka membaca bahan bacaan dalam bidang sejarah dan motivasi

Kempen Dakwah Digital

Boleh Sumbangkan RM50 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Langgan Siri Tazkirah

Dapatkan siri informasi islamik yang ringan dan santai terus kepada emel anda setiap minggu dengan mengisi emel anda di bawah.

Ikuti Kami