Hukum

Tidak Membaca Qunut Kerana Belum Menghafalnya – Adakah Sah Solatnya

Oleh Fizah Lee  •  14 Jan 2020  •  2 min baca

Qunut merupakan doa yang dibaca di dalam solat pada tempat dan waktu yang dikhususkan. Dalam ibadah, terdapat tiga jenis doa qunut, iaitu Qunut Witir, Qunut Subuh dan Qunut Nazilah.

Bacaan doa qunut sebenarnya berasal daripada peristiwa Baginda SAW yang amat bersedih dan marah akibat daripada para sahabat yang meninggal di Bi’r Ma’unah, lalu Baginda mendoakan keburukan kepada pembunuh tersebut selama sebulan dan doa tersebut dibaca dalam qunut setiap kali waktu solat.

Namun, selepas sebulan, Baginda tidak lagi membacakan qunut tersebut di dalam setiap solat, tetapi hanya pada waktu Subuh sahaja. Bahkan, diriwayatkan oleh beberapa riwayat seperti Imam Bukhari, Rasulullah SAW tidak pernah meninggalkan qunut di dalam Subuh sehinggalah wafat.

Jadi, apakah hukum sebenar bacaan qunut di dalam solat Subuh dan adakah berdosa jika meninggalkannya sama ada disebabkan tidak menghafalnya atau secara sengaja?

Qunut Sebagai Sunat Ab’Ad

Dalam Mazhab Syafi’e, bacaan qunut dihukumkan sebagai sunat ab’ad iaitu sunnah yang perlu diikut namun jika meninggalkannya tidaklah sehingga membatalkan solat. Walau bagaimanapun, dianjurkan untuk menggantinya semula dengan sujud sahwi.

إِذَا قَامَ أَحَدُكُم مِنَ الرّكْعَتَينِ فَلَمْ يَسْتَتِمَّ قَائِمًا فَلْيَجْلِسْ ، وَإِذَا اسْتَتَمَّ قَائِمًا فَلَا يَجْلِسْ ، وَيَسْجُدْ سَجْدَتَي السَّهْوِ

Maksud: “Apabila salah seorang dari kamu bangun daripada dua rakaat dan masih belum berdiri sempurna, maka hendaklah dia duduk. Dan apabila telah berdiri dalam keadaan sempurna, janganlah dia duduk serta dia sujud sebanyak dua kali sujud sahwi.” (Hadis Riwayat Ibn Majah, no. 1208)

Tambah Syeikh Syamsuddin Ar-Ramli juga, sujud sahwi dilakukan untuk memperbaiki kekurangan sama ada ia dilakukan secara sengaja mahupun tidak.

Jika anda mempunyai masalah dengan hafalan, adalah lebih baik untuk memberi ruang dan masa kepada diri anda bagi memperbaiki bacaan doa tersebut.

Kesimpulan

Meninggalkan doa qunut disebabkan tidak menghafalnya atau kerana terlupa tidaklah berdosa dan membatalkan solat, namun ia boleh diganti dengan sujud sahwi bagi menampung kekurangan tersebut.

Wallahu a’alam.

Rujukan:
Mufti Wilayah


Kongsikan Artikel Ini

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.

Fizah Lee

Merupakan seorang graduan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dalam bidang Bahasa Melayu untuk Komunikasi Antarabangsa. Seorang yang suka membaca bahan bacaan dalam bidang sejarah dan motivasi

Kempen Dakwah Digital

Boleh Sumbangkan RM50 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Langgan Siri Tazkirah

Dapatkan siri informasi islamik yang ringan dan santai terus kepada emel anda setiap minggu dengan mengisi emel anda di bawah.

Ikuti Kami