Lidah itu sifatnya adalah lebih tajam berbanding mata pedang. Mungkin anda pernah mendengar perumpamaan tersebut yang membawa makna tersirat supaya anda lebih berhati-hati dengan lisan dan tutur kata yang diujarkan.
Malah, pepatah Arab juga ada menyebut agar seseorang itu sentiasa menjaga lisannya daripada berkata-kata perkara yang tidak berfaedah atau juga yang boleh menyakitkan hati sendiri dan juga orang lain.
Maksud: “Keselamatan manusia terletak dalam menjaga lisannya.”
Sayyid Abdullah bin Alawi al-Haddad dalam kitab Risalatul Mu’awanah wal Mudharahah wal Muwazarah (Dar Al-Hawi 1994, hal 83-84) meletakkan beberapa garis panduan dan juga nasihat agar seseorang muslim itu sentiasa menjaga lisannya. Antaranya ialah:
Bergaul dan bersosial itu adalah perbuatan yang dibolehkan selagi mana ia tidak melanggar syarak dan juga etika. Namun, jika pergaulan itu boleh mendatangkan mudarat kepada diri sendiri seperti wujudnya perbuatan mengumpat, bergelak tawa yang keterlaluan atau membazir masa.
Maksud: “Hendaklah anda tidak melibatkan diri dalam hal-hal yang tiada gunanya buat anda.”
Dari kecil kita diajar bahawa menipu dan berbohong itu adalah perbuatan yang berdosa dan dilarang dalam Islam. Ia bukan sahaja boleh membawa kepada pertambahan dosa bahkan merugikan diri sendiri.
Bahkan, dalam Islam ia merupakan tanda-tanda orang munafik. Oleh itu, elakkan berbohong dan cuba sedaya upaya untuk jujur dalam berbicara.
Maksud: “Hindarilah segala perbuatan kebohongan kerana ia adalah berlawanan dengan iman.”
Mengutuk atau dalam istilah kita sekarang ialah memanggil seseorang dengan gelaran atau sifat yang tidak disukainya, memfitnah dengan perbuatan yang tidak dilakukannya dan juga bergurau dengan gurauan yang keterlaluan adalah perbuatan yang perlu dielakkan.
Hal ini kerana, Allah menyuruh hambaNya untuk sentiasa mengeluarkan kata-kata yang baik kepada saudaranya sama ada yang dikenali mahupun tidak.
Maksud: “Jauhkanlah diri anda daripada kutukan dan fitnah serta gurauan yang berlebihan.”
Befikir dahulu sebelum mengeluarkan kata-kata atau pendapat terhadap sesuatu merupakan pepatah yang sering kita dengar. Ia selari dengan adab-adab yang telah diajar oleh Sayyid Abdullah bin Alawi di atas agar kita tidak meninggalkan adab terhadap lisan.
Wallahu a’alam.
Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.
Kempen Dakwah Digital
Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.