Hukum

Bolehkah Makan Di Restoran Yang Menghidangkan Arak

Oleh Fizah Lee  •  7 Jan 2020  •  2 min baca

Arak merupakan salah satu minuman yang diyakini keharamannya. Berdasarkan dalil yang telah dikeluarkan oleh kalam Allah, para ulama melihat ia telah diharamkan secara berperingkat bagi memberi ruang kepada muslim untuk bersedia sedikit demi sedikit sebelum ia diharamkan sepenuhnya.

Selepas pengharamannya, Allah juga telah mewahyukan bahawa, bukan minuman tersebut sahaja yang haram, namun semua yang terlibat ke atasnya juga haram seperti orang yang membelinya, orang yang menghantarnya dan juga peminumnya.

Ia ada disebut berdasarkan dalil yang telah diriwayatkan oleh Anas bin Malik RA:

لَعَنَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِي الخَمْرِ عَشَرَةً: عَاصِرَهَا، وَمُعْتَصِرَهَا، وَشَارِبَهَا، وَحَامِلَهَا، وَالمَحْمُولَةُ إِلَيْهِ، وَسَاقِيَهَا، وَبَائِعَهَا، وَآكِلَ ثَمَنِهَا، وَالمُشْتَرِي لَهَا، وَالمُشْتَرَاةُ لَهُ

Maksud: “Rasulullah SAW melaknat dalam isu arak ini 10 golongan: “Pemerah (anggur untuk arak), orang yang minta diperahkan, peminumnya, pembawanya, orang yang meminta bawa kepadanya, orang yang menuangkan arak, penjualnya, orang yang makan hasil jualannya, orang yang membelinya dan orang yang meminta dibelikan untuknya.” (Hadis Riwayat Al-Tirmidzi, no. 1295)

Oleh itu, berkenaan arak dan hukum penjualan arak, maka adalah jelas bahawa hukumnya haram. Walau bagaimanapun, timbul juga persoalan berkenaan bolehkah makan makanan yang halal di restoran atau kafe yang menghidangkan arak dan anda tidak minumnya.

Menurut pandangan jumhur ulama, mereka berpendapat boleh selagi mana diyakini cara penyediaannya tidak bercampur dengan arak atau bahan-bahan makanan yang haram serta makanan yang dimakan tersebut diyakini kehalalannya.

Ia dibolehkan terutamanya buat anda yang berkunjung ke luar negara dan sukar menjumpai restoran yang tidak hanya menghidangkan makanan halal sahaja.

Oleh itu, keringanan diberikan kepada mereka. Walau bagaimanapun, jika terdapat banyak pilihan lain yang menghidangkan makanan halal (tanpa bercampur dengan arak), maka adalah lebih baik untuk mengutamakannya.

Tambah jumhur ulama lagi, lebih baik menghindari kedai yang bercampur makanan yang halal dan haram bagi mengelakkan daripada timbulnya fitnah dan tohmahan.

Wallahu a’alam.

Rujukan:
Mufti Wilayah


Kongsikan Artikel Ini

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.

Fizah Lee

Merupakan seorang graduan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dalam bidang Bahasa Melayu untuk Komunikasi Antarabangsa. Seorang yang suka membaca bahan bacaan dalam bidang sejarah dan motivasi

Kempen Dakwah Digital

Boleh Sumbangkan RM50 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Langgan Siri Tazkirah

Dapatkan siri informasi islamik yang ringan dan santai terus kepada emel anda setiap minggu dengan mengisi emel anda di bawah.

Ikuti Kami