Wanita

Isteri Yang Solehah Lebih Baik Daripada Bidadari Syurga

Oleh Fizah Lee  •  6 Jan 2020  •  2 min baca

Penghuni syurga kelak dikhabarkan akan menjadi makhluk yang sibuk tetapi paling bahagia di dalamnya. Mengapa para ulama mentafsirkan perkataan sibuk? Hal ini kerana, mereka akan sibuk menikmati kenikmatan yang ada di syurga sama ada dengan berkunjung antara satu sama lain mahupun melayani bidadari mereka. (Tafsir Al-Baghawi, 23:644)

Bidadari syurga merupakan makhluk yang sangat indah yang telah diciptakan Allah kepada hamba-hambaNya sebagai salah satu ganjaran ke atas kebaikan dan amal soleh yang dilakukan sehingga melayakkan mereka untuk ke syurga.

“Dalam kedua-dua syurga itu juga terdapat (teman-teman) yang baik akhlaknya, lagi cantik parasnya.”(Surah Ar-Rahman, 55:70)

Para ulama membahaskan bahawa bidadari itu sifatnya perempuan yang akan menemani dan taat kepada lelaki-lelaki yang beriman. Ia juga berdasarkan kepada beberapa dalil lain juga yang disebut sama ada melalui kalam Allah dan juga kata-kata Baginda SAW.

Isteri Yang Akan Menjadi Ketua Bidadari Syurga

Walau bagaimanapun, wujud persoalan daripada kaum wanita, terutamanya golongan isteri – “Jika suami mereka diganjarkan syurga dan bidadari, maka adakah di syurga kelak mereka tidak akan bersama?”

Malah, pelbagai lagi soalan berkaitan dengan situasi di dalam syurga antara suami isteri. Menurut jumhur ulama, jika suami dan isteri menjadi penghuni syurga dan diganjarkan bidadari, maka taraf isterinya adalah lebih tinggi, iaitu ketua kepada bidadari syurga tersebut. (Riwayat Imam Al-Qurtubi)

Bukan itu sahaja, berdasarkan beberapa dalil lagi menyebutkan bahawa wanita juga akan dikurniakan apa sahaja yang mereka inginkan dan taraf mereka akan menjadi lebih tinggi berbanding bidadari.

Hal ini juga disebutkan bahawa, jika ahli keluarganya mempunyai amalan yang soleh di dunia dan diganjarkan syurga, maka mereka akan berkumpul di dalam syurga kelak dengan dikurniakan nikmat yang tidak terhitung di akal.

وَالَّذِينَ آمَنُوا وَاتَّبَعَتْهُمْ ذُرِّيَّتُهُم بِإِيمَانٍ أَلْحَقْنَا بِهِمْ ذُرِّيَّتَهُمْ وَمَا أَلَتْنَاهُم مِّنْ عَمَلِهِم مِّن شَيْءٍ ۚ كُلُّ امْرِئٍ بِمَا كَسَبَ رَهِينٌ

Mafhum: “Dan orang-orang yang beriman yang diturut oleh zuriat keturunannya dengan keadaan beriman, Kami hubungkan (himpunkan) zuriat keturunannya itu dengan mereka (di dalam syurga); dan Kami (dengan itu) tidak mengurangi sedikitpun dari pahala amal-amal mereka; tiap-tiap seorang manusia terikat dengan amal yang dikerjakannya.” (Surah At-Thur, 52:21)

Kesimpulan

Oleh itu, sebagai ketua keluarga, ajaklah anak-anak dan ahli keluarga anda untuk sama-sama mengerjakan amalan soleh dan taat akan perintah Allah agar keluarga yang dibina hari ini bukan sekadar wujud di dunia, bahkan kekal hingga ke syurga.

Wallahu a’alam.

Baca juga:
Gambaran Bidadari Syurga

Rujukan:
Bidadari Syurga


Kongsikan Artikel Ini

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.

Fizah Lee

Merupakan seorang graduan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dalam bidang Bahasa Melayu untuk Komunikasi Antarabangsa. Seorang yang suka membaca bahan bacaan dalam bidang sejarah dan motivasi

Kempen Dakwah Digital

Boleh Sumbangkan RM50 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Langgan Siri Tazkirah

Dapatkan siri informasi islamik yang ringan dan santai terus kepada emel anda setiap minggu dengan mengisi emel anda di bawah.

Ikuti Kami