Oleh Natirah Azira • 18 Dec 2019 • 1 min baca
Zakat adalah salah satu tanggungjawab yang wajib ditunaikan oleh seluruh umat Islam. Ia bukan hanya terhad kepada zakat fitrah yang biasanya disempurnakan menjelang sambutan Aidilfitri sahaja, malah merangkumi zakat-zakat lain seperti zakat pendapatan, zakat simpanan, zakat saham dan lain-lain.
Jika dahulu, orang ramai hanya mempunyai pilihan untuk melakukan pembayaran zakat di pusat kutipan zakat atau servis yang disediakan menerusi perbankan atas talian, kini ada satu lagi pilihan yang lebih mudah iaitu dengan menggunakan ‘Gopayz’.
Gopayz adalah aplikasi dompet digital pertama di Malaysia yang menawarkan perkhidmatan pembayaran zakat secara nirtunai.
Kemudahan ini telah disediakan oleh pihak UMobile hasil kerjasama dengan Lembaga Zakat Selangor. Para pengguna juga boleh menggunakan perkhidmatan dompet digital ini untuk urusan pembayaran bil, pembelian dan lain-lain.
Pihak Gopayz dijangka akan meluaskan lagi kerjasama dengan agensi-agensi Islam yang lain pada masa akan datang seperti Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk) dan juga Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan.
Muat turun aplikasi Gopayz di sini.
Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.
Kempen Dakwah Digital
Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.