Inspirasi

7 Ayat Al-Quran Bukti Allah Menjaga Kita

Oleh Natirah Azira  •  11 Dec 2019  •  2 min baca

Saat kita berasa gembira, hari berjalan dengan baik, tiada masalah yang mengganggu fikiran, amat senang untuk kita berasa syukur dan ingat kepada Allah. Namun di kala masalah mencengkam, hati sedih dan fikiran pula kusut, kita seperti tidak mampu melihat ‘di mana’ Allah. Fikiran kita dikelabui masalah, dan mungkin tidak dapat berfikir dengan jelas.

Jika tiba saat tersebut, dan anda diuji begitu, semoga anda tidak lupa tujuh pesanan dan kata-kata Allah di bawah.

#1- Allah Menguji Apa Yang Mampu Ditanggung Oleh Manusia

“Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya…” (Surah Al-Baqarah 2:286)

#- Allah Mahukan Manusia Mencuba Sebaik Mungkin

“…Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri…” (Surah Ar-Ra’d 13:11)

#3- Allah Mampu Menyelesaikan Setiap Masalah

“…barangsiapa yang berdoa kepadaKu, nescaya Aku kabulkan. Barangsiapa yang meminta kepadaKu, nescaya Aku penuhi…” (Petikan HR. Bukhari, no. 1145 dan Muslim, no. 1808)

#4- Allah Sudi Memaafkan Kesalahan Dan Dosa

Allah telah berfirman, “Wahai hamba-hambaKu, setiap kalian pasti berdosa kecuali yang Aku jaga. Maka beristighfarlah kalian kepadaKu, nescaya kalian Aku ampuni. Dan barangsiapa yang meyakini bahawa Aku punya kemampuan untuk mengampuni dosa-dosanya, maka Aku akan mengampuninya dan Aku tidak peduli (beberapa banyak dosanya).” (Riwayat Ibnu Majah, Tirmidzi)

#5- Allah Sentiasa Menjaga Manusia

Bagi tiap-tiap seorang ada malaikat penjaganya silih berganti dari hadapannya dan dari belakangnya, yang mengawas dan menjaganya (dari sesuatu bahaya) dengan perintah Allah. (Surah Al-Ra’d 13:11)

#6- Allah Sentiasa Dekat Dengan Manusia

“Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka): sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka)…” (Surah Al-Baqarah 2:186)

#7- Allah Sentiasa Ingin Memperkenankan Doa Orang Yang Meminta

“…aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila ia berdoa kepadaKu. Maka hendaklah mereka menyahut seruanku (dengan mematuhi perintahKu), dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka menjadi baik serta betul” (Surah Al-Baqarah 2:186)

Al-Quran dan hadis sarat dengan pesanan dari Allah Yang Maha Pengasih. Ia bukan hanya tentang hukum dan larangan semata-mata. Allah tahu tentang kesukaran dan cabaran perjalanan hidup yang dihadapi oleh manusia, maka pasti Allah akan ada bersama dan tidak akan meninggalkan kita.


Kongsikan Artikel Ini

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.

Natirah Azira

Beliau merupakan graduan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dalam bidang Al-Quran dan Sunnah. Pernah mendalami bidang Psikologi selama dua tahun dan sekarang sedang menyambung pengajian peringkat Ijazah Sarjana dalam bidang Kaunseling di Universiti Sains Malaysia.

Kempen Dakwah Digital

Boleh Sumbangkan RM50 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Langgan Siri Tazkirah

Dapatkan siri informasi islamik yang ringan dan santai terus kepada emel anda setiap minggu dengan mengisi emel anda di bawah.

Ikuti Kami