Taawudz bermaksud meminta perlindungan atau pemeliharaan daripada Allah SWT daripada godaan dan gangguan syaitan.
Menurut Imam Al-Hafiz Ibn Kathir RA menyebut bahawa, taawudz atau nama lainnya, isti’azah ialah memohon perlindungan kepada Allah daripada memudaratkan dirinya mahupun agamanya.
Antara lafaz ucapan Taawudz ialah:
Maksud: “Aku memohon perlindungan dengan Allah daripada syaitan yang direjam.”
Maksud: “Aku memohon perlindungan dengan Tuhan yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui daripada syaitan yang direjam.”
Kita mungkin terbiasa mengungkapkan lafaz Taawudz ini sebelum melakukan sesuatu, sama ada sebelum masuk ke tandas dan juga sebelum solat.
Namun, tahukah anda sebenarnya ungkapan ini merupakan antara yang dianjurkan untuk dibaca sebelum membaca Al-Quran. Ia bukanlah sebuah amalan yang dilakukan secara membuta tuli kerana ia merupakan perintah Allah melalui dalilNya yang berbunyi:
Mafhum: “Oleh itu, apabila engkau membaca Al-Quran, maka hendaklah engkau (terlebih dahulu) memohon perlindungan kepada Allah dari hasutan syaitan yang direjam.” (Surah An-Nahl, 16:98)
Bacaan Taawudz merupakan sebuah amalan sunat yang dilakukan sebelum mmebaca Al-Quran. Menurut pendapat pakar tafsir Al-Quran, iaitu Imam Ibnu Katsir menjelaskan bahawa:
“Para ulama bersetuju bahawa bacaan ini adalah untuk menolak perasaan was-was ketika membaca Al-Quran. Syaitan akan sentiasa menggoda manusia sama ada dengan membuatkannya merasa mengantuk ketika membaca Al-Quran atau tersalah bacaan. Oleh itu, ucapan taawudz merupakan sebuah usaha untuk mengelakkan diri manusia daripada diganggu.”
Antara kelebihan lain membacanya ialah dapat mengelakkan diri daripada mengungkapkan sesuatu yang kotor dan perkara yang sia-sia.
Sering kita mengungkapkan ungkapan basmallah sebelum melakukan sesuatu. Namun, adalah lebih baik untuk ditambah juga dengan ungkapan taawudz agar ia boleh menjadi perlindungan kepada diri kita daripada godaan syaitan.
Wallahu a’alam.
Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.
Kempen Dakwah Digital
Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.