Sejarah

Mada’in Saleh – Bandar Tinggalan Kaum Tsamud Yang Diwartakan Sebagai Tapak Warisan Unesco

Oleh Natirah Azira  •  6 Dec 2019  •  3 min baca

Jika anda pernah menonton filem Indiana Jones and The Last Crusade, anda pasti kagum dengan salah satu latar tempat yang pernah dipaparkan dalam filem tersebut. Binaan agam yang dipahat seperti istana itu benar-benar mengagumkan!

Tidak lain tidak bukan, ia adalah Petra, Jordan – tapak warisan Unesco dan juga salah satu keajaiban dunia yang merupakan peninggalan Kaum Nabatea. Namun Petra bukanlah satu-satunya binaan yang ada. Terdapat satu lagi tapak warisan kedua terbesar selepas Petra yang agak jarang diperkatakan iaitu Mada’in Saleh yang terletak di daerah Al-Hijr, di Bandar Al-Ula, Arab Saudi.

Sumber gambar dari media.holidayme.com

Mada’in Saleh bermaksud Bandar Saleh, merupakan bandar tempat tinggal kaum Tsamud (kaum Nabi Saleh, termasuk dalam bangsa Nabatea). Daerah Al-Hijr ini turut diwartakan sebagai tapak warisan Unesco pada tahun 2008, dan dipanggil Al-Hijr Archaeological Site (Mada’in Saleh).

Al-Hijr terletak di laluan perdagangan antara Semenanjung Arab, dunia Mediteranian dan Asia. Daerah ini menyaksikan pertembungan dan pertukaran budaya dalam aspek seni bina, bahasa, barang-barang dan lain-lain.

Sejarah Kaum Tsamud Di Dalam Al-Quran

Di dalam Al-Quran, Kaum Tsamud diceritakan memiliki badan yang sangat besar dan diberi kebolehan oleh Allah dapat memahat dinding batu bagi membina rumah-rumah yang besar.

Kelebihan yang dimiliki membuatkan mereka berasa angkuh. Mereka mengira akan selamanya hidup dengan aman tanpa apa-apa ancaman, lebih-lebih lagi rumah mereka terdiri daripada bangunan dari batuan yang kukuh.

Nabi Saleh telah diutus kepada kaum ini bagi mengingatkan mereka kepada Allah, namun langsung tidak diendahkan oleh mereka. Mereka berterusan melakukan perbuatan syirik dan menyembah patung berhala.

“Dan demi sesungguhnya penduduk “Al-Hijr” telah mendustakan Rasul-rasul.” (Surah Al-Hijr 15:80)

Seekor Unta Betina Sebagai Mukjizat Nabi Salleh

Nabi Saleh telah dianugerahkan dengan seekor unta betina yang besar. Ia bukan sebarangan unta, tetapi keluar dari sebalik batu. Allah mengingatkan kaum ini supaya tidak mencederakannya.

“…Oleh itu, biarkanlah unta itu mencari makan di bumi Allah, dan janganlah kamu menyentuhnya dengan sesuatu yang menyakitinya; (kalau kamu menyentuhnya) maka kamu akan ditimpa azab seksa yang tidak terperi sakitnya.” (Surah Al-‘Araf 7:73)

Lalu Allah menurunkan bala kepada mereka berupa gempa sehingga bangunan runtuh dan mereka mati. Mayat-mayat mereka bergelimpangan di kawasan tempat tinggal mereka.

Sumber gambar dari kathioverstreet

Daerah Al-Hijr ini sarat dengan tinggalan arkeologi seperti makam, perigi, monumen batuan yang dipotong, motif yang dipahat pada dinding serta kesan tinggalan teknik hidraulik untuk tujuan pertanian. Al Hijr merupakan peninggalan peradaban Nabatea antara abad ke-2 dan 3 sebelum Masihi.

Walau bagaimanapun, kini kawasan ini ditutup untuk kerja-kerja penyelenggaraan dan dijangka akan dibuka semula pada tahun hadapan.


Kongsikan Artikel Ini

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.

Natirah Azira

Beliau merupakan graduan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dalam bidang Al-Quran dan Sunnah. Pernah mendalami bidang Psikologi selama dua tahun dan sekarang sedang menyambung pengajian peringkat Ijazah Sarjana dalam bidang Kaunseling di Universiti Sains Malaysia.

Kempen Dakwah Digital

Boleh Sumbangkan RM50 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Langgan Siri Tazkirah

Dapatkan siri informasi islamik yang ringan dan santai terus kepada emel anda setiap minggu dengan mengisi emel anda di bawah.

Ikuti Kami