Sejarah

Malcolm X – 15 Fakta Yang Perlu Anda Tahu Tentang Tokoh Islam Berkulit Hitam Ini

Oleh Natirah Azira  •  26 Nov 2019  •  3 min baca

#1 – Nama sebenar Malcolm X ialah Malcolm Little. Dia menggelar dirinya sebagai Malcolm ‘X’ bagi menggambarkan penolakannya kepada nama ‘Little’ yang dianggap sebagai keturunan kelas bawah atau hamba.

#2 – Ibunya bernama Louise Norton Little, merupakan suri rumah dan ayahnya bernama Earl Little, seorang paderi pembaptisan dan penyokong tegar gerakan nasionalis kulit hitam.

#3– Kehidupan Malcolm X sekeluarga berpindah randah sewaktu kecil. Pada tahun 1929, kediaman mereka di Lansing, Michigan dibakar. Ayahnya ditemui mati dilanggar, dipercayai dibunuh oleh ahli Black Legion. Ibunya selepas itu mengalami masalah mental dan dimasukkan ke hospital sakit jiwa dan adik-beradik Malcolm selama lapan orang berpecah-belah.

#4– Malcolm merupakan pelajar yang pintar di sekolah dan bercita-cita ingin menjadi seorang peguam. Namun kerana diskriminasi dan dihina oleh gurunya yang menyarankan dia supaya berfikir secara realistik dan menjadi tukang kayu sahaja, dia akhirnya berhenti kerana putus asa dengan sistem pendidikan sekolah.

#5– Pada tahun 1946, Malcolm dan rakan baiknya Shorty ditahan kerana kesalahan jenayah pecah rumah. Malcolm dijatuhkan hukuman penjara selama 10 tahun.

#6– Selama di penjara, beliau banyak membaca di perpustakaan penjara dan mendapat pendedahan tentang gerakan Nation of Islam (NOI) daripada abangnya yang telah memeluk Islam dan menyertai gerakan itu.

#7– Setelah keluar dari penjara, dia masuk Islam dan menjadi pengikut setia gerakan NOI. Beliau semakin dikenali ramai dengan kepetahannya berdebat dan menjadi jurucakap bagi gerakan ini – memperjuangkan agama Islam sekaligus untuk memperjuangkan hak masyarakat kulit hitam Amerika yang banyak ditindas.

#8– Malcolm mengasaskan sebuah akhbar yang dipanggil “Muhammad Speaks” yang dicetak di ruang bawah tanah rumahnya untuk menyebarkan mesej NOI. Beliau juga bercakap melalui radio dan televisyen untuk menyebarkan mesej NOI ke seleruh Amerika Syarikat.

#9– Kemasyhurannya menenggelamkan nama pemimpin NOI sendiri, Elijah Muhammad. Dalam masa yang sama, pengintip FBI mula menyusup masuk ke dalam organisasi tersebut.

#10– Kepercayaan Malcolm kepada NOI musnah apabila dia mendapat tahu mentornya selama ini, Elijah Muhammad terbabit dengan skandal hubungan sulit dengan enam orang wanita pengikut NOI sendiri sehingga melahirkan anak tidak sah taraf.

#11– Kerana tidak mahu bersekongkol dengan Elijah, beliau mengambil keputusan untuk keluar daripada gerakan NOI dan mencari jalan Islam yang sebenar dan menubuhkan Muslim Mosque, Inc.

#12– Beliau mengambil keputusan menunaikan haji kali pertama ke Mekah pada tahun 1964 dan menukar nama kepada El Hajj Malik el-Shabazz.

#13– Di Mekah, dia telah bertemu dengan ramai orang Islam daripada pelbagai latar belakang budaya dan warna kulit. Dari situ, dia mempunyai wawasan baru tentang integrasi antara kaum serta keharmonian Islam yang sebenar yang tidak membezakan bangsa, warna kulit mahupun bahasa.

#14– Sekembalinya dari Mekah, dia bukan hanya bercakap bagi pihak golongan Afrika-Amerika tetapi semua bangsa dan warna kulit.

#15– Sayangnya, kerana kelantangan dan ancaman fikiran yang dibawa, dia akhirnya ditembak mati sebanyak 15 kali dari jarak dekat ketika sedang menyampaikan ucapan di Dewan Audubon, Manhattan. Ketika itu beliau berusia 39 tahun.


Kongsikan Artikel Ini

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.

Natirah Azira

Beliau merupakan graduan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dalam bidang Al-Quran dan Sunnah. Pernah mendalami bidang Psikologi selama dua tahun dan sekarang sedang menyambung pengajian peringkat Ijazah Sarjana dalam bidang Kaunseling di Universiti Sains Malaysia.

Kempen Dakwah Digital

Boleh Sumbangkan RM50 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Langgan Siri Tazkirah

Dapatkan siri informasi islamik yang ringan dan santai terus kepada emel anda setiap minggu dengan mengisi emel anda di bawah.

Ikuti Kami