Ibadah

Doa Memohon Perlindungan Daripada Bahaya

Oleh Natirah Azira  •  26 Nov 2019  •  2 min baca

Sihir dan santau adalah hal yang tidak asing di telinga kita. Dahulu cerita-cerita berunsurkan mistik dan juga amalan khurafat ini kerap dipaparkan di kaca TV. Tidak dinafikan, dari situ kita mendapat gambaran sedikit sebanyak bagaimana amalan yang dilarang dalam Islam ini terjadi.

Apabila bercakap dengan orang-orang tua pula, akui mereka hal itu memang benar-benar berlaku di dunia nyata, bahkan kadang-kadang lebih teruk lagi.

Walaupun zaman telah moden, segelintir daripada amalan sebegini masih wujud. Masih ada kita dengar cerita-cerita tentang santau dan sihir yang dikenakan ke atas orang akibat tidak puas hati dan juga dendam.

Doa Bagi Mengelakkan Gangguan Dan Bahaya

Rasulullah SAW pernah mengajarkan beberapa doa amalan kepada kita tentang bagaimana untuk melindungi diri daripada gangguan dan bahaya begini.

Doa ini juga ada dimasukkan dalam zikir Mathurat yang boleh dibaca pada waktu pagi dan petang.

#1 – Tidak Ada Sesuatu Yang Mampu Memudaratkan

Dari Utsman bin ‘Affan R.anhu mengatakan, ‘Saya mendengar Rasulullah SAW bersabda, ‘Barang siapa yang mengatakan,

بِسْمِ اللَّهِ الَّذِى لاَ يَضُرُّ مَعَ اسْمِهِ شَىْءٌ فِى الأَرْضِ وَلاَ فِى السَّمَاءِ وَهُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ

(Bismillahillazi la yadhurru ma’asmihi syaiun fil ardhi wala fissama’i wahuassami’ul ‘adzhim)

“Dengan menyebut nama Allah yang dengan sebab namaNya tidak ada sesuatu pun di bumi mahupun di langit yang dapat membahayakan (mendatangkan mudharat). Dan Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui) sebanyak tiga kali, nescaya tidak akan ada sesuatu pun yang memudharatkannya” (HR. Abu Daud, no.5088, dan Tirmidzi, no.3388)

#2- Doa Perlindungan Dari Binatang Beracun, Godaaan Syaitan, Dan Pengaruh ‘Ain

Selain itu, doa di bawah juga pernah dibacakan oleh Rasulullah SAW ke atas cucu baginda Hasan dan Husin.

أَعُوذُ بِكَلِمَاتِ اللَّهِ التَّامَّةِ مِنْ كُلِّ شَيْطَانٍ وَهَامَّةٍ ، وَمِنْ كُلِّ عَيْنٍ لاَمَّةٍ

(Audzu bi kalimaatillahit-taammati min kulli syaithonin wa haammatin wa min kulli ‘ainin laammatin)

Maksud: “Aku berlindung dengan kalimah-kalimah Allah yang telah sempurna dari godaan syaitan, binatang beracun dan dari pengaruh ‘ain yang buruk” (HR. Bukhari, no. 3371)

Dalam hadis Nabi SAW berkata, dulu bapa kalian iaitu Nabi Ismail dan Ishaq meminta perlindungan pada Allah dengan doa tersebut.

Banyak Berzikir Boleh Mengeluarkan Seseorang Daripada Musibah

Dalam peristiwa yang tidak asing lagi bagi kita semua iaitu tentang kisah Nabi Yunus ditelan ikan, juga diceritakan tentang manfaat pujian kepada Allah (zikir) yang mampu mengeluarkan baginda dari perut ikan.

“Maka jika sekiranya dia (Yunus) tidak termasuk orang-orang yang banyak berzikir (bertasbih) kepada Allah, nescaya dia akan tetap tinggal di perut ikan itu sampai hari berbangkit.” (Surah As-Saffat 37:143)

Kesimpulan

Amalkanlah doa di atas pada bila-bila masa, tidak kira sewaktu berhadapan dengan musibah atau sebagai perlindungan. Doa juga adalah salah satu usaha yang paling mudah untuk dilakukan.


Kongsikan Artikel Ini

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.

Natirah Azira

Beliau merupakan graduan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dalam bidang Al-Quran dan Sunnah. Pernah mendalami bidang Psikologi selama dua tahun dan sekarang sedang menyambung pengajian peringkat Ijazah Sarjana dalam bidang Kaunseling di Universiti Sains Malaysia.

Kempen Dakwah Digital

Boleh Sumbangkan RM50 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Langgan Siri Tazkirah

Dapatkan siri informasi islamik yang ringan dan santai terus kepada emel anda setiap minggu dengan mengisi emel anda di bawah.

Ikuti Kami