Ibnu Qayyim pernah menyebut – Cinta kepada Allah sama seperti cahaya terang. Tanpanya, kamu bagaikan terumbang-ambing di lautan kegelapan.
Kita mungkin sering mendengar bagaimana tips atau cara yang boleh diikuti untuk meraih cinta sama ada terhadap pasangan atau sesama manusia.
Namun, sama ada kita seringkali terlupa atau tidak mengetahui, bahawa cinta yang paling hakiki dan perlu diraih ialah cinta kepadaNya.
Umat terdahulu dikatakan mempunyai tahap kecintaan yang sangat tinggi kepada Allah sehingga sanggup memperjuangkan agama Islam.
Malah, banyak dalil yang menyebut mengenai bagaimana cara yang boleh diamalkan untuk meraih cinta kepadaNya, antaranya:
إِنَّ اللَّهَ قَالَ مَنْ عَادَى لِى وَلِيًّا فَقَدْ آذَنْتُهُ بِالْحَرْبِ ، وَمَا تَقَرَّبَ إِلَىَّ عَبْدِى بِشَىْءٍ أَحَبَّ إِلَىَّ مِمَّا افْتَرَضْتُ عَلَيْهِ ، وَمَا يَزَالُ عَبْدِى يَتَقَرَّبُ إِلَىَّ بِالنَّوَافِلِ حَتَّى أُحِبَّهُ ، فَإِذَا أَحْبَبْتُهُ كُنْتُ سَمْعَهُ الَّذِى يَسْمَعُ بِهِ ، وَبَصَرَهُ الَّذِى يُبْصِرُ بِهِ ، وَيَدَهُ الَّتِى يَبْطُشُ بِهَا وَرِجْلَهُ الَّتِى يَمْشِى بِهَا ، وَإِنْ سَأَلَنِى لأُعْطِيَنَّهُ ، وَلَئِنِ اسْتَعَاذَنِى لأُعِيذَنَّهُ
Maksud: “Allah beriman: “Barangsiapa yang memerangi waliKu (kekasih), maka Aku akan memeranginya. Tidaklah hambaKu mendekatkan diri padaKu dengan sesuatu yang lebih aku cintai dari amalan wajib. Hambaku sentiasa mendekatkan diri padaKu dengan amalan-amalan sunnah sehingga Aku mencintainya.
Jika Aku telah mencintaiNya, maka Aku akan memberi petunjuk pada penglihatan yang ia gunakan untuk melihat, memberi petunjuk yang ia gunakan ketika memegang dan memberi petunjuk pada kaki yang ia gunakan untuk berjalan. Jika ia memohon sesuatu kepadaKu, pasti Aku akan mengabulkannya dan jika ia memohon perlindungan, pasti Aku akan melindunginya.” (Hadis Riwayat Bukhari, no. 6502)
إِنَّ اللَّـهَ يُحِبُّ التَّوَّابِينَ وَيُحِبُّ الْمُتَطَهِّرِينَ
Mafhum: “Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang banyak bertaubat dan mengasihi orang-orang yang sentiasa mensucikan diri.” (Surah Al-Baqarah, 2:222)
عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ مَسْعُودٍ عَنِ النَّبِىِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ لاَ يَدْخُلُ الْجَنَّةَ مَنْ كَانَ فِى قَلْبِهِ مِثْقَالُ ذَرَّةٍ مِنْ كِبْرٍ. قَالَ رَجُلٌ إِنَّ الرَّجُلَ يُحِبُّ أَنْ يَكُونَ ثَوْبُهُ حَسَنًا وَنَعْلُهُ حَسَنَةً. قَالَ : إِنَّ اللَّهَ جَمِيلٌ يُحِبُّ الْجَمَالَ الْكِبْرُ بَطَرُ الْحَقِّ وَغَمْطُ النَّاسِ.
Maksud: “Dari Abdullah bin Mas’ud, Nabi SAW bersabda: “Tidak akan masuk syurga orang yang ada kesombongan sebesar biji sawi di dalam hatinya.” Seorang lelaki bertanya: “Sesungguhnya semua orang suka bajunya bagus dan penampilannya bagus, jadi adakah ia merupakan kesombongan.” Baginda bersabda: “Sesungguhnya Allah Maha Indah dan mencintai keindahan. Kesombongan adalah menolak kebenaran dan merendahkan manusia.” (Hadis Riwayat Muslim, no. 2749)
يَا عَائِشَةُ إِنَّ اللَّهَ رَفِيْقٌ يُحِبُ الرِّفْقَ وَيُعْطِى عَلَى الرِّفْقِ مَا لاَ يُعطِِي عَلَى الْعُنْفِ وَمَالاَ يُعْطِي عَلَى مَا سِوَاهُ
Maksud: “Wahai Aisyah, sesungguhnya Allah itu Maha Lembut dan mencintai kelembutan. Allah memberi kepada kelembutan perkara yang tidak memberi kekerasan dan yang lainnya.” (Hadis Riwayat Muslim, no. 2593)
Wallahu a’alam.
Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.
Kempen Dakwah Digital
Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.