Hukum, Wanita

Perempuan Juga Boleh Menunaikan Solat Jumaat Namun Dengan Syarat

Oleh Fizah Lee  •  1 Nov 2019  •  3 min baca

Solat Jumaat diwajibkan ke atas lelaki muslim yang baligh. Ia ditunaikan pada hari Jumaat dengan bilangan 2 rakaat bagi menggantikan sembahyang Zohor.

Syarat bagi menunaikan solat Jumaat ialah wajib dilakukan secara berjemaah dengan sekurang-kurangnya 40 jemaah yang hadir.

Ia juga didahului dengan dua khutbah oleh khatib atau imam. Sesudah iqamat dilaungkan, maka jemaah akan berdiri untuk menunaikan solat.

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِذَا نُودِيَ لِلصَّلَاةِ مِن يَوْمِ الْجُمُعَةِ فَاسْعَوْا إِلَىٰ ذِكْرِ اللَّـهِ وَذَرُوا الْبَيْعَ ۚ ذَٰلِكُمْ خَيْرٌ لَّكُمْ إِن كُنتُمْ تَعْلَمُونَ

Mafhum: “Wahai orang-orang yang beriman! Apabila diserukan azan (bang) untuk mengerjakan sembahyang pada hari Jumaat, maka segeralah kamu pergi (ke masjid) untuk mengingati Allah (dengan mengerjakan sembahyang Jumaat) dan tinggalkanlah berjual beli (pada saat itu); yang demikian adalah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui (hakikat yang sebenarnya).” (Surah Al-Jumu’a, 62:9)

Perempuan Dan Solat Jumaat

Solat Jumaat sinonim dengan ibadat yang ditunaikan oleh kaum muslimin (lelaki). Kebiasaannya, golongan wanita akan duduk di rumah atau tidak akan menghampiri masjid bagi memberi ruang kepada kaum lelaki.

Malah, kebanyakan wanita berasa takut atau segan untuk menghampiri masjid pada waktu solat Jumaat kerana ramainya golongan lelaki.

Hal ini membuatkan segelintir daripada kaum wanita mempunyai salah faham terhadap hukum wanita menunaikan solat Jumaat.

Jadi, apakah hukum yang sebenar bagi wanita untuk turut serta menunaikan solat Jumaat? Sebenarnya, solat Jumaat tidak terbatas hanya kepada kaum lelaki sahaja.

Menurut pendapat Imam Nawawi dan beberapa jumhur ulama’, perempuan tidak dilarang untuk ke masjid dan menunaikan solat Jumaat, namun dengan syarat-syarat tertentu.

Hal ini adalah berdasarkan sebuah hadis yang telah diriwayatkan oleh Abdullah Ibn Umar RA, Baginda SAW bersabda:

لاَ تَمْنَعُوْا إِمَاءَ اللهِ مَسَاجِدَ اللهِ

Maksud: “Janganlah kamu menghalang hamba-hamba perempuan Allah daripada masjid-masjid Allah.” (Hadis Riwayat Muslim, no. 442)

Antara syarat yang perlu diikuti oleh kaum wanita jika ingin turut serta ke masjid bagi menunaikan solat Jumaat ialah:

#1 – Tidak memakai wangian yang keterlaluan

#2 – Tidak memakai perhiasan seperti gelang kaki yang mengeluarkan bunyi

#3 – Tidak memakai pakaian yang terlalu menonjol atau sehingga menarik nafsu syahwat

#4 – Mendapat keizinan suami atau penjaga

Walau bagaimanapun, golongan wanita tidak diwajibkan untuk menunaikan solat Jumaat kerana tempat terbaik bagi wanita untuk bersolat adalah di rumah.

صَلاَةُ الْمَرْأَةِ فِي بَيْتِهَا أَفْضَلُ مِنْ صَلاَتِهَا فِي حُجْرَتِهَا وَصَلاَتُهَا فِي مَخْدَعِهَا أَفْضَلُ مِنْ صَلاَتِهَا فِي بَيْتِهَا

Maksud: “Solat seorang wanita di rumahnya adalah lebih baik daripada solat di halaman rumahnya dan solat dibilik tidur atau bilik persendirian adalah lebih baik daripada solat di rumahnya.” (Hadis Riwayat Abu Daud, no. 570)

Manakala jika mereka tetap memilih untuk melakukan solat Jumaat, solat itu sah dan sudah memadai sebagai ganti kepada sembahyang Zuhur. Pendapat ini disebutkan oleh kebanyakan ulama Syafi’eyah seperti Imam An-Nawawi, Ibnu Hajar al-Haitami, Abu Ishaq As-Syirazi dan lain-lain.

Kesimpulan

Tidak berdosa dan tidak diharamkan bagi kaum wanita untuk turut serta ke masjid bagi mendengar khutbah dan menunaikan solat Jumaat.

Walau bagaimanapun, perlu dilihat dan dijaga syarat-syarat yang dikenakan bagi menjaga seseorang itu daripada fitnah.

Wallahua’lam.

Rujukan:
Mufti Wilayah
Mufti Wilayah


Kongsikan Artikel Ini

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.

Fizah Lee

Merupakan seorang graduan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dalam bidang Bahasa Melayu untuk Komunikasi Antarabangsa. Seorang yang suka membaca bahan bacaan dalam bidang sejarah dan motivasi

Kempen Dakwah Digital

Boleh Sumbangkan RM50 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Langgan Siri Tazkirah

Dapatkan siri informasi islamik yang ringan dan santai terus kepada emel anda setiap minggu dengan mengisi emel anda di bawah.

Ikuti Kami