Gaya Hidup, Hukum

Garis Panduan Meraikan Perayaan Bukan Islam

Oleh Fizah Lee  •  26 Oct 2019  •  2 min baca

Kita hidup dalam kalangan masyarakat majmuk yang perpaduannya perlu dijaga demi keharmonian negara. Rakyat Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum, agama dan bangsa yang perlu dihormati.

Setiap kaum mempunyai perayaan dan sambutannya yang tersendiri bagi meraikan agamanya. Malah, kerajaan Malaysia akan mengadakan sambutan majlis perayaan bagi setiap agama seperti Sambutan Aidil Fitri, Sambutan Tahun Baru Cina, Deepavali dan banyak lagi.

Konsep rumah terbuka akan diadakan bagi memberi ruang dan peluang kepada semua anggota masyarakat untuk meraikan perayaan ini sekali gus menambah perpaduan dan keharmonian kaum.

Rumah terbuka juga kebiasaannya akan diadakan sendiri oleh mereka yang menganut agama masing-masing. Dalam Islam, memenuhi undangan adalah diwajibkan.

Namun, bagaimana pula dengan menghadiri majlis bukan Islam? Umat Islam perlu melihat garis panduan dan syarat yang diperlukan dalam menghadiri majlis seperti ini.

Pandangan Ulama’ Mengenai Permasalahan Ini

Secara umumnya, jumhur ulama’ mempunyai dua pandangan yang berbeza mengenai hukum orang Islam yang merayakan hari perayaan mereka, iaitu:

#1 – Tidak Boleh Meraikan

Menurut Ibn Qayyim Al-Jauziyyah mengatakan bahawa haram mengucapkan ucapan dari raya mereka kerana ia dianggap seperti meraikan agama lain dan kemungkaran mereka.

Begitu juga dengan pendapat beberapa pandangan jumhur ulama’ lain seperti Ibn Taimiyyah dan Ibn Qayyim serta beberapa yang lain.

#2 – Boleh Meraikan

Dr Yusuf Al-Qaradawi mengatakan bahawa boleh untuk meraikan hari raya mereka dengan memenuhi syarat-syarat tertentu;

#1 – Majlis yang tidak disertakan dengan upacara yang bertentangan dengan akidah Islam.

#2 – Majlis yang tidak disertakan dengan perbuatan yang bertentangan dengan syarak.

#3 – Majlis yang tidak disertakan dengan perbuatan yang boleh menyentuh sensitiviti masyarakat Islam.

Kesimpulan

Malaysia sinonim dengan kata-kata “perbezaan dirai, kemeriahan dikongsi” sebagai simbolik untuk menguatkan lagi perpaduan bagi mengekalkan perpaduan kaum.

Oleh itu, selagi sesebuah perayaan yang diraikan itu tidak berlebihan dan bertentangan dengan syarat, maka adalah tidak dilarang untuk meraikannya.

Wallahu a’alam.

Rujukan:
Mufti Wilayah
Jurnal Penyelidikan Islam


Kongsikan Artikel Ini

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.

Fizah Lee

Merupakan seorang graduan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dalam bidang Bahasa Melayu untuk Komunikasi Antarabangsa. Seorang yang suka membaca bahan bacaan dalam bidang sejarah dan motivasi

Kempen Dakwah Digital

Boleh Sumbangkan RM50 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Langgan Siri Tazkirah

Dapatkan siri informasi islamik yang ringan dan santai terus kepada emel anda setiap minggu dengan mengisi emel anda di bawah.

Ikuti Kami