Oleh Fizah Lee • 23 Oct 2019 • 3 min baca
Mungkin anda pernah mendengar nasihat atau kata-kata orang tua yang mengatakan bahawa tidak elok menghina atau berkata perkara yang buruk-buruk terhadap makanan.
Islam menganjurkan umatnya untuk menghormati makanan kerana ia merupakan antara nikmat dan anugerah daripada Allah kepada setiap makhlukNya.
Malah, Imam al-Ghazali RA berkata melalui kitabnya Ihya’ Ulumuddin, seorang muslim itu seharusnya reda dengan rezeki dan makanan yang ada.
Jika sesuatu makanan yang dihidangkan itu tidak disukai, kurang menyelerakan atau tidak sedap, maka perkara yang betul yang boleh dilakukan adalah dengan berdiam diri dan menahan diri daripada mencela makanan tersebut.
Abu Hurairah RA juga meriwayatkan mengenai bagaimana perbuatan Nabi SAW ketika dihidangkan dengan makanan yang tidak disukai yang boleh dijadikan teladan:
Maksud: “Nabi SAW tidak sekali-kali mencela makanan. Jika Baginda menyukainya maka Baginda akan memakannya dan jika Baginda tidak menyukainya, maka Baginda akan meninggalkannya.”
Malah, menurut pendapat jumhur ulama’ juga mengatakan bahawa, makruh hukumnya mencela makanan. Namun, jika ia bertujuan untuk belajar atau kebaikan pada masa hadapan, maka ia tidak menjadi kesalahan seperti dalam rancangan memasak atau si ibu yang mengajar anaknya memasak.
Menurut pendapat daripada Imam An-Nawawi pula mengatakan bahawa, larangan mencela makanan ini juga untuk mengelakkan daripada tergurisnya hati tukang masak tersebut.
Jika ingin menolak pemberian atau makanan tersebut disebabkan tidak sedap atau kurang rasanya, maka adalah lebih baik untuk mengatakan “saya tidak menyukai makanan ini” atau “saya tidak boleh memakannya.”
Baginda SAW pernah dihidangkan daging biawak padang pasir atau dikenali dhab oleh para sahabat. Namun, Baginda SAW diam dan tidak menyentuh makanan tersebut.
Apabila ditanya oleh salah seorang sahabat kepada Baginda berkenaan adakah makanan tersebut tidak boleh atau haram dimakan, makan Baginda hanya diam dan tidak pula melarang sahabatnya untuk makan.
Malah, dalam beberapa penceritaan hadis mengatakan bahawa Rasulullah tidak makan daging dhab tersebut bukan kerana haram, namun disebabkan ia tiada di tempatnya dan Baginda tidak menyukainya.
قَالَ (ابن عمر رضي الله عنه): كَانَ نَاسٌ مِنْ أَصْحَابِ النَّبِيِّ صلىالله عليه وسلم، فِيهمْ سَعْدٌ، فَذَهَبُوا يَأْكُلُونَ مِنْ لَحْمٍ،فَنَادَتْهُمُ امْرَأَةٌ مِنْ بَعْضِ أَزْوَاجِ النَّبِيِّ صلى الله عليه وسلم،إِنَّهُ لَحْمُ ضَبٍّ، فَأَمْسَكُوا فَقَالَ رَسُولُ اللهِ صلى الله عليه وسلم:كُلُوا أَوِ اطْعَمُوا، فَإِنَّهُ حَلاَلٌ أَوْ قَالَ: لاَ بَأْسَ بِهِ وَلكِنَّهُلَيْسَ مِنْ طَعَامِي.
Maksud: “Abdullah bin Umar Ra berkata: “Orang-orang dari kalangan sahabat Nabi SAW yang di antara mereka terdapat Sa’ad makan daging, kemudian salah seorang isteri nabi memanggil mereka seraya berkata: “Itu daging dhab.” Mereka pun berhenti makan. Maka Rasulullah bersabda: “Makanlah, kerana daging itu halal atau Baginda bersabda: “Tidak mengapa dimakan, akan tetapi daging itu bukanlah makananku.” (Hadis Riwayat Aisyah, no. 4141)
Jika anda berada dalam situasi sedemikian, adalah lebih baik untuk mendiamkan diri daripada mencela makanan tersebut.
Hal ini kerana, Rasulullah SAW lebih suka memuji makanan daripada mencelanya. Makanan itu merupakan rezeki yang diberikan tuhan kepada setiap hambaNya.
Wallahu a’alam.
Rujukan:
Mufti Wilayah
Musli.Or.Id
Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.
Kempen Dakwah Digital
Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.