Hukum

Apakah Hukum Memberi Makanan Yang Tidak Halal Kepada Bukan Islam

Oleh Fizah Lee  •  23 Oct 2019  •  3 min baca

Mungkin anda pernah tersalah beli makanan yang haram atau diragui kehalalannya kerana wujudnya unsur yang haram seperti daging babi, anjing dan sebagainya.

Bagi orang Islam, halal dan haram itu merupakan antara perkara yang paling dititikberatkan kerana segala yang masuk ke dalam badan akan bercampur dengan darah daging yang akan tumbuh dalam diri.

يَا أَيُّهَا النَّاسُ كُلُوا مِمَّا فِي الْأَرْضِ حَلَالًا طَيِّبًا وَلَا تَتَّبِعُوا خُطُوَاتِ الشَّيْطَانِ ۚ إِنَّهُ لَكُمْ عَدُوٌّ مُّبِينٌ

Mafhum: “Wahai sekalian manusia! Makanlah dari apa yang ada di bumi yang halal lagi baik, dan janganlah kamu ikut jejak langkah syaitan; kerana sesungguhnya syaitan itu ialah musuh yang terang nyata bagi kamu.” (Surah Al-Baqarah, 2:168)

Jadi, apa yang berada di fikiran anda tatkala berada dalam situasi ini adalah dengan memberikan makanan atau barang tersebut kepada mereka yang bukan Islam.

Namun, apakah hukum memberi makanan atau barang yang tidak halal kepada bukan Islam ini terhadap anda yang bergelar muslim?

#1 – Yang Jelas Haram Seperti Arak

لَعَنَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِي الخَمْرِ عَشَرَةً: عَاصِرَهَا، وَمُعْتَصِرَهَا، وَشَارِبَهَا، وَحَامِلَهَا، وَالمَحْمُولَةُ إِلَيْهِ، وَسَاقِيَهَا، وَبَائِعَهَا، وَآكِلَ ثَمَنِهَا، وَالمُشْتَرِي لَهَا، وَالمُشْتَرَاةُ لَهُ

Maksud: “Rasulullah melaknat dalam isu arak ini 10 golongan: “pemerah (anggur untuk arak), orang yang minta diperahkan, peminumnya, pembawanya, orang yang meminta bawa kepadanya, orang yang menuangkan arak, penjualnya, orang yang makan hasil jualannya, orang yang membelinya dan yang meminta dibelikan untuknya.” (Hadis Riwayat Tirmizi, no. 1259)

Menerusi dalil ini, para ulama’ dan pakar hadis bersepakat bahawa golongan yang terlibat dengan arak secara langsung atau tidak, sama ada meminumnya atau tidak adalah haram hukumnya.

Oleh itu, jika secara tidak sengaja terdapat arak di rumah atau mendapatnya sebagai hadiah, maka jalan yang betul ialah dengan membuang airnya dan botol arak tersebut.

#2 – Yang Haram Atau Syubhah

عَنْ عَبْدِ الرَّحْمَنِ بْنِ وَعْلَةَ السَّبَإِيِّ مِنْ أَهْلِ مِصْرَ أَنَّهُ سَأَلَ عَبْدَ اللَّهِ بْنَ عَبَّاسٍ عَمَّا يُعْصَرُ مِنْ الْعِنَبِ فَقَالَ ابْنُ عَبَّاسٍ إِنَّ رَجُلًا أَهْدَى لِرَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ رَاوِيَةَ خَمْرٍ فَقَالَ لَهُ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ هَلْ عَلِمْتَ أَنَّ اللَّهَ قَدْ حَرَّمَهَا قَالَ لَا فَسَارَّ إِنْسَانًا فَقَالَ لَهُ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِمَ سَارَرْتَهُ فَقَالَ أَمَرْتُهُ بِبَيْعِهَا فَقَالَ إِنَّ الَّذِي حَرَّمَ شُرْبَهَا حَرَّمَ بَيْعَهَا قَالَ فَفَتَحَ الْمَزَادَةَ حَتَّى ذَهَبَ مَا فِيهَا

Maksud: “Daripada ‘Abd Rahman, beliau telah bertanya ‘Abdullah bin Abbas mengenai apa-apa yang diperah daripada anggur. Maka, Ibn ‘Abbas berkata: “Sesungguhnya seorang lelaki telah menghadiahkan seuncang penuh arak kepada Rasulullah SAW, lalu Baginda bersabda kepadanya: “Adakah engkau tahu bahawa sesungguhnya Allah telah mengharamkannya? Jawab lelaki tadi: “Tidak.”

Maka, dia telah menjualkannya (arak tersebut). Baginda kemudian bersabda: “Sesungguhnya Allah telah mengharamkan meminumnya dan haram jua menjualnya.” ‘Abu Rahman berkata: “Maka lelaki tersebut telah membuka uncang tersebut sehingga habislah apa-apa isi kandungan di dalamnya.” (Hadis Riwayat Ibnu Hiban, no. 4944)

Hadis di atas menjelaskan mengenai hukum bahawa semua perkara yang haram adalah diharamkan sama ada memakannya, menjualnya atau memberikan kepada saudara Islam dan bukan Islam.

Justeru, jika mendapat makanan atau barang haram dan syubhah, maka perkara betul yang boleh dilakukan ialah dengan membuangnya dan bukan memberi atau menjual kepada bukan Islam.

Bukankah Membazir Itu Amalan Syaitan

Lantas, wujud pula persoalan mengenai dalil yang sering didengari, iaitu membazir amalan syaitan dan berdosa melakukannya.

Maka, jika dibuang makanan haram tersebut, akan wujud perbuatan membazir. Adalah lebih baik untuk menyedekahkannya kepada mereka yang boleh menggunakannya.

إِنَّ الْمُبَذِّرِينَ كَانُوا إِخْوَانَ الشَّيَاطِينِ ۖ وَكَانَ الشَّيْطَانُ لِرَبِّهِ كَفُورًا

Maksud: “Sesungguhnya orang-orang yang boros itu adalah saudara-saudara syaitan, sedang syaitan itu pula adalah makhluk yang sangat kufur kepada tuhannya.” (Surah Al-Isra’, 17:27)

Menurut jumhur ulama’ dan pakar-pakar agamawan mengatakan bahawa alasan untuk mengelakkan pembaziran atau untuk merapatkan silaturahim dengan bukan Islam adalah tidak dibolehkan.

Hal ini kerana, membuang perkara yang haram tidak termasuk dalam kategori pembaziran, namun ia adalah termasuk dalam mematuhi perintah Allah.

وَإِنَّ اللَّهَ إِذَا حَرَّمَ شَيْئًا حَرَّمَ ثَمَنَهُ

Maksud: “Sesungguhnya, sekiranya Allah mengharamkan sesuatu, Dia haramkan juga hasil jual belinya.” (Hadis Riwayat Ibn Hibban, no. 4938)

Wallahu a’alam.

Rujukan:
Academia: Halalan Thoyiba
Mufti Wilayah


Kongsikan Artikel Ini

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.

Fizah Lee

Merupakan seorang graduan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dalam bidang Bahasa Melayu untuk Komunikasi Antarabangsa. Seorang yang suka membaca bahan bacaan dalam bidang sejarah dan motivasi

Kempen Dakwah Digital

Boleh Sumbangkan RM50 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Langgan Siri Tazkirah

Dapatkan siri informasi islamik yang ringan dan santai terus kepada emel anda setiap minggu dengan mengisi emel anda di bawah.

Ikuti Kami