Oleh Natirah Azira • 3 Oct 2019 • 2 min baca
Hak seorang Muslim kepada Muslim yang lain adalah menziarahi apabila sakit. Dalam masyarakat kita, amalan menziarahi ketika sakit memang menjadi kebiasaan. Selalunya kita akan membawa sekali buah tangan berupa hadiah atau buah-buahan.
Satu lagi amalan yang boleh dibudayakan adalah membaca doa kepada pesakit, sehingga dia juga boleh mendengar dan mengaminkan sama. Rasulullah SAW telah mengajarkan beberapa jenis doa yang sesuai dibaca ketika menziarahi orang sakit. Berikut antaranya:
أَذْهِبِ الْبَاسَ رَبَّ النَّاسِ اِشْفِ وَأَنْتَ الشَّافِي لَا شِفَاءَ إِلَّا شِفَاؤُكَ شِفَاءً لَا يُغَادِرُ سَقَمًا
(Adzhibil Ba’sa Rabban Naasi Isyfii Wa Anta Syaafi Laa Syifaa’a Illa Syifaauka Syifaa’a Laa Yughaadiru Saqama) – (HR Bukhari, No. 5243)
“Hilangkanlah penyakitnya wahai Tuhan sekalian manusia, sembuhkanlah wahai zat Yang Maha Menyembuhkan, tidak ada yang dapat menyembuhkan melainkan kesembuhan dariMu, iaitu kesembuhan yang tidak membawa rasa sakit”)
أَسْأَلُ اللَّهَ الْعَظِيمَ رَبَّ الْعَرْشِ الْعَظِيمِ أَنْ يَشْفِيَكَ
(As Alullaahal ‘Azhiim Rabbal ‘Arsyil ‘Azhiim An Yasyfiyaka)
“…Aku mohon kepada Allah yang Maha Agung, Tuhan Arasy yang Agung semoga Dia menyembuhkanmu”
Rasulullah SAW mengatakan bahawa jika seseorang menziarahi orang sakit (yang belum sampai ajalnya) dan membacakan doa ini di sebelahnya sebanyak 7 kali, maka Allah akan menyembuhkan penyakitnya. (HR Abu Daud, No. 2700)
فَقَالَ أَنَسٌ أَلاَ أَرْقِيكَ بِرُقْيَةِ رَسُولِ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم قَالَ بَلَى. قَالَ *اللَّهُمَّ رَبَّ النَّاسِ مُذْهِبَ الْبَاسِ اشْفِ أَنْتَ الشَّافِي لاَ شَافِيَ إِلاَّ أَنْتَ، شِفَاءً لاَ يُغَادِرُ سَقَمًا
(Allahumma Rabbi-n-naas, Muzhibal ba’s, Isyfi, Anta Asy-Syaafi, La Syafiya Illa Anta. Syifaan la Yughadiru Saqamaa)
“Ya Allah, Tuhan sekalian manusia, yang mampu menghilangkan kesakitan (apapun). Sembuhkanlah (sakit ini), kerana Engkau lah Maha Pemberi Kesembuhan, tiada yang mampu menyembuhkan selain Engkau, dengan kesembuhan yang tidak meninggalkan sebarang keperitan (sesudahnya).(HR al-Bukhari)
Doa di atas adalah doa ruqyah Rasulullah yang dibacakan oleh Anas kepada Tsabit.
Sesungguhnya dengan menziarahi, maka ia mengingatkan kita kepada nikmat kesihatan yang Allah berikan kepada diri sendiri.
Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.
Kempen Dakwah Digital
Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.