Oleh Natirah Azira • 30 Sep 2019 • 2 min baca
Solat jenazah secara ghaib adalah solat yang dilakukan apabila jenazah tidak berada di sesuatu tempat sama ada kerana jenazah tersebut berada jauh atau kerana sebab lain seperti mayat tidak dijumpai kerana lemas atau musnah dalam kecelakaan.
Pensyariatan solat jenazah ghaib ini dilakukan bersandarkan kepada riwayat oleh Abu Hurairah RA:
أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم نَعَى النَّجَاشِيَّ فِي الْيَوْمِ الَّذِي مَاتَ فِيهِ، خَرَجَ إِلَى الْمُصَلَّى، فَصَفَّ بِهِمْ وَكَبَّرَ أَرْبَعًا
Maksudnya: “Sesungguhnya Rasulullah SAW memberitahu akan berita kematian al-Najasyi ketika hari kematiannya. Baginda SAW keluar ke tempat solat, membuat saf dan bertakbir sebanyak empat kali.” (Riwayat Al-Bukhari, no.1245 dan Muslim, no.951)
1. Solat jenazah dilakukan di negeri berlainan dengan negeri di mana jenazah berada.
2. Solat jenazah secara ghaib dilakukan setelah mayat dimandikan.
Menurut Ibn Hajar Al-Asqalani, solat jenazah ghaib boleh dilakukan bermula dari saat berita kematian dan berlanjutan selama tiga hari.
Mengikut pandangan ulama Mazhab Syafie, jika mayat sudah dikebumikan dan seseorang masih belum melakukan solat jenazah ke atas mayat tersebut, maka sunat baginya untuk melakukan solat jenazah secara ghaib ke atas mayat tersebut.
Cara solat jenazah secara ghaib sama sahaja dengan solat jenazah biasa.
1. Takbiratul ihram (dikira takbir yang pertama) sambil berniat solat Jenazah. Contoh lafaz niat adalah seperti berikut:
“Sahaja aku solat ke atas mayat ini fardhu kerana Allah Taala”
2. Setelah bertakbir, letakkan kedua-dua tangan ke dada sebagaimana solat biasa, kemudian baca Al-Fatihah.
3. Bertakbir kali kedua, kemudian kembali meletakkan tangan ke dada. Boleh dibaca selawat ke atas Nabi SAW, namun selawat yang afdal ialah selawat Ibrahimiyyah (seperti dalam tahiyat).
4. Takbir kali ketiga, kemudian kembali meletakkan tangan ke dada. Baca doa untuk jenazah.
5. Takbir kali keempat. Selepas takbir dibacakan doa di bawah.
6. Memberi salam ke kanan dan ke kiri sebagaimana dalam solat fardu (cuma dalam keadaan berdiri).
Sekalipun kita tidak berkesempatan untuk hadir untuk bersolat jenazah kerana faktor jarak yang jauh, tetapi kelonggaran dan kemudahan yang dibenarkan untuk menunaikan solat jenazah secara ghaib boleh dimanfaatkan.
Solat dan doa lah yang menjadi penghormatan terakhir yang boleh dilakukan kepada orang yang terlebih dahulu pergi meninggalkan kita.
Rujukan: Panduan Mengerjakan Solat Khas Yang Disediakan oleh UNISZA
Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.
Kempen Dakwah Digital
Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.