Overthinking adalah suatu hal yang sangat kerap disebut di mana-mana. Sama ada, ada yang pernah mengatakannya kepada anda atau anda sendiri pernah mendengarnya di mana-mana. Walaupun ada kajian yang menunjukkan bahawa wanita lebih cenderung untuk berfikir secara berlebihan, namun hakikatnya setiap daripada kita pernah berfikir secara berlebihan pada satu-satu masa.
Dan biasanya, kita akan lebih mudah berfikir secara berlebihan apabila sesuatu hal tersebut penting untuk diri kita.
Menurut pakar terapi, antara kata-kata yang sering diucapkan oleh orang yang sentiasa berfikir secara berlebihan seperti:
“Saya tidak dapat bertenang langsung. Saya tak dapat berhenti berfikir tentang perkara tersebut.”
Berikut beberapa tanda lain yang menunjukkan bahawa anda seorang yang cenderung berfikir secara berlebihan:
“Kenapa dia cakap penampilan saya ada yang tak kena.”
“Kenapa dia ketawa bila saya bercakap.”
Ini adalah contoh mudah yang menunjukkan bahawa anda cenderung untuk berfikir tentang pandangan dan perbuatan orang kepada diri anda. Biasanya, ia membawa kepada perasaan tidak selesa kepada diri sendiri.
Anda sering berfikir bahawa orang di sekeliling tidak menyukai anda, sedangkan anda tahu apa yang anda fikirkan itu tidak ada sebab langsung. Anda tidak melakukan perkara yang boleh membuat orang marah, anda juga tidak melakukan apa-apa tindakan yang salah.
Tanpa anda sedari, hakikatnya, manusia biasa hanya akan berfikir lebih banyak tentang diri sendiri berbanding orang lain.
Anda cenderung untuk mengkritik diri sendiri secara berlebihan sedangkan kesalahan yang dilakukan kecil sahaja. Di dalam fikiran, anda akan mengutuk dan mengeluarkan kata-kata yang tidak baik kepada diri sendiri.
Pada satu-satu masa, kita pasti akan berada dalam situasi yang mungkin dikira memalukan, contohnya melatah atau terkentut di khalayak ramai. Ia adalah suatu yang lucu dan normal sebenarnya. Sebaliknya bagi orang yang overthink, mereka akan sentiasa mengingati tindakan memalukan yang telah terjadi.
Orang yang berfikir secara berlebihan juga akan sentiasa risau dengan hal-hal di luar kawalan mereka secara berlebihan sehingga mengganggu hal lain. Contoh mudah, terlampau takut dengan kematian. Takut untuk kalah sehingga tidak mahu terlibat dalam acara mahupun pertandingan. Takut gagal sehingga tidak mahu langsung mengambil peluang untuk mencuba dan sebagainya.
Berfikir secara berlebihan biasanya terjadi pada dua situasi. Pertama, berfikir secara berlebihan tentang perkara yang telah berlaku. Kedua, berfikir secara berlebihan tentang perkara yang akan datang.
Ia proses yang berbeza dengan problem-solving. Problem-solving atau proses untuk menyelesaikan masalah adalah proses berfikir secara aktif untuk mencari solusi, sedangkan overthinking adalah berfikir tentang masalah itu sendiri.
Overthinking juga berbeza dengan refleksi diri (self-reflection). Proses refleksi diri melibatkan berfikir secara mendalam tentang diri, apa perkara baru yang boleh dipelajari atau mencari perspektif baru tentang sesuatu perkara.
Overthinking lebih menjurus kepada perkara negatif, di mana anda berfikir secara negatif tentang diri sendiri atau hal-hal buruk yang berlaku yang tidak dapat anda kawal. Ia tidak mendatangkan apa-apa manfaat malah menjadikan anda lebih tidak bersemangat.
Overthinking adalah proses dan gaya berfikir, dan apabila menyebut gaya fikir, ia adalah hal yang boleh diperbaiki dan diubah. Sebagaimana anda akan melakukan senaman fizikal untuk kekal sihat, maka minda anda juga perlu melalui ‘senaman fikiran’.
Latih minda untuk tidak terlalu menerawang berfikir secara berlebihan dengan fokus kepada apa yang boleh anda lakukan untuk mencari solusi serta mengenal pasti apa perkara yang boleh anda kawal dan tidak dapat dikawal.
Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.
Kempen Dakwah Digital
Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.