Gaya Hidup

Ayat Tentang Kejujuran Yang Disebutkan Dalam Al-Quran Dan Hadis

Oleh Natirah Azira  •  17 Apr 2019  •  3 min baca

Dalam artikel yang lalu, kita sudah mengetahui jenis-jenis kejujuran yang ada di dalam Islam. Jujur dalam Islam bukan hanya dalam percakapan, tetapi termasuklah apa yang difikirkan dan juga perbuatan. Sikap jujur bukan hanya penting supaya dipercayai orang malah ia perlu lahir daripada hati yang sedar bahawa kejujuran sangat penting untuk menyampaikan kebenaran. (Baca juga: 5 Jenis Sikap Jujur)

Pada artikel kali ini, akan ditampilkan pula beberapa ayat Al-Quran dan hadis berkenaan kejujuran.

#1- Pencinta Kebenaran Disebut Sebagai Golongan Yang Istimewa Dalam Al-Quran

وَمَنْ يُطِعِ اللَّهَ وَالرَّسُولَ فَأُولَٰئِكَ مَعَ الَّذِينَ أَنْعَمَ اللَّهُ عَلَيْهِمْ مِنَ النَّبِيِّينَ وَالصِّدِّيقِينَ وَالشُّهَدَاءِ وَالصَّالِحِينَ ۚ وَحَسُنَ أُولَٰئِكَ رَفِيقًا

Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul (Muhammad), maka mereka itu akan bersama-sama dengan orang yang diberikan nikmat oleh Allâh, (iaitu) para nabi, para pencinta kebenaran, orang-orang yang mati syahid dan orang-orang soleh. Mereka itulah teman yang sebaik-baiknya. (Surah An-Nisâ’ 4:69)

#2- Kejujuran Membawa Kepada Kebaikan

Hadis dari Abdullah bin Mas’ud RA pula menyebutkan bahawa Rasulullah juga mengingatkan tentang manfaat menjadi seorang yang jujur.

عَنْ عَبْدِ اللَّهِ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَلَيْكُمْ بِالصِّدْقِ فَإِنَّ الصِّدْقَ يَهْدِي إِلَى الْبِرِّ وَإِنَّ الْبِرَّ يَهْدِي إِلَى الْجَنَّةِ وَمَا يَزَالُ الرَّجُلُ يَصْدُقُ وَيَتَحَرَّى الصِّدْقَ حَتَّى يُكْتَبَ عِنْدَ اللَّهِ صِدِّيقًا وَإِيَّاكُمْ وَالْكَذِبَ فَإِنَّ الْكَذِبَ يَهْدِي إِلَى الْفُجُورِ وَإِنَّ الْفُجُورَ يَهْدِي إِلَى النَّارِ وَمَا يَزَالُ الرَّجُلُ يَكْذِبُ وَيَتَحَرَّى الْكَذِبَ حَتَّى يُكْتَبَ عِنْدَ اللَّهِ كَذَّابًا

Dari Abdullah bin Mas’ud RA, dia berkata: “Rasulullah SAW bersabda, ‘Hendaklah kalian selalu berlaku jujur, kerana kejujuran membawa kepada kebaikan, dan kebaikan menghantarkan seseorang ke syurga. Dan apabila seorang selalu berlaku jujur dan tetap memilih jujur, maka akan dicatat di sisi Allâh sebagai orang yang jujur. Dan jauhilah oleh kalian berbuat dusta, kerana dusta membawa seseorang kepada kejahatan, dan kejahatan menghantarkan seseorang ke neraka. Dan jika seseorang sentiasa berdusta dan memilih kedustaan maka akan dicatat di sisi Allah sebagai pendusta (pembohong).” (HR Ahmad, 1/384, Bukhari, no.6094 dan lain-lain – Hadis sahih)

#3- Sifat Orang Mukmin Ialah Menepati Janji

مِنَ الْمُؤْمِنِينَ رِجَالٌ صَدَقُوا مَا عَاهَدُوا اللَّهَ عَلَيْهِ

Diantara orang-orang mukmin itu ada orang-orang yang menepati apa yang telah mereka janjikan kepada Allah …” (Surah Al-Ahzab, 33:23).

#4- Ketidakjujuran Boleh Terserlah Pada Pandangan

يَعْلَمُ خَائِنَةَ الْأَعْيُنِ وَمَا تُخْفِي الصُّدُورُ

“Allah mengetahui pengkhianatan (penyelewengan dan ketiadaan jujur) pandangan mata seseorang, serta mengetahui akan apa yang tersembunyi di dalam hati” (Surah Al-Ghafir 40:19).

#5- Allah Mengetahui Apa Yang Ada Di Dalam Hati Meskipun Disembunyikan

إِنَّهُ يَعْلَمُ الْجَهْرَ وَمَا يَخْفَ

“…sesungguhnya Allah mengetahui (segala keadaan yang patut berlaku), dan yang tersembunyi” (Surah Al-A’la 87:7).

“… Allah mengetahui apa yang mereka sembunyikan dan apa yang mereka zahirkan; sesungguhnya Dia Maha Mengetahui akan segala (isi hati) yang ada di dalam dada” (Surah Hud 11:5).

#6- Kejujuran Adalah Apa Yang Menenteramkan Hati

…إِنَّ الصِّدْقَ طُمَأْنِيْنَة، وَالْكَذِبَ رِيْبَة…

“… Kejujuran itu ketenteraman, dan dusta itu keraguan …” (HR. At-Tirmidzi, no. 2518)

Kejujuran adalah perkara berharga yang semakin hilang dari dalam diri. Kadang-kadang ringan sahaja lidah kita untuk mengucapkan sesuatu yang menipu dan jauh daripada kebenaran semata-mata untuk menjaga kepentingan peribadi.

Kata Imam Ibnu Qayyim al-Jauzi, kejujuran merupakan roh amal, penjernih keadaan, penghilang rasa takut dan pintu masuk bagi orang-orang yang akan menghadap Rabb Yang Maha Mulia. Maka jadikanlah kejujuran sebagai ‘pakaian’ iaitu peribadi diri walau di mana pun kita berada. Wallahu’alam.


Kongsikan Artikel Ini

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.

Natirah Azira

Beliau merupakan graduan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dalam bidang Al-Quran dan Sunnah. Pernah mendalami bidang Psikologi selama dua tahun dan sekarang sedang menyambung pengajian peringkat Ijazah Sarjana dalam bidang Kaunseling di Universiti Sains Malaysia.

Kempen Dakwah Digital

Boleh Sumbangkan RM50 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Langgan Siri Tazkirah

Dapatkan siri informasi islamik yang ringan dan santai terus kepada emel anda setiap minggu dengan mengisi emel anda di bawah.

Ikuti Kami