Keluarga

Perkahwinan, Penyatuan Jiwa Atau Penyatuan Keluarga

Oleh Natirah Azira  •  26 Mar 2019  •  2 min baca

Musim perkahwinan tiba lagi. Di Malaysia, selalunya jemputan ke majlis kahwin akan berderet diterima apabila adanya cuti sekolah atau cuti umum. Maka untuk artikel kali ini, penulis ingin bercakap tentang beberapa perkara yang perlu dijaga dalam kehidupan berkeluarga.

Sesungguhnya orang yang paling berhak menerima kemaafan dan kebaikan daripada kita ialah daripada kalangan ahli keluarga contohnya isteri, suami, ibu bapa, anak-anak dan juga saudara mara.

Banyak kes penindasan dalam rumah tangga yang berlaku – menantu dilayan seperti orang gaji, ibu didera anak sendiri, mertua dan menantu tak sebulu dan asyik bermasam muka dan bermacam lagi.

Usah terkejut jika ada drama dalam TV benar-benar terjadi di dunia nyata.

Bercakap tentang kemaafan dan layanan baik, ia bukan bermakna kita perlu diam apabila berlaku kezaliman dalam urusan rumah tangga. Sebagai orang yang terlibat sama dan tahu akan perkara yang berlaku, maka ada sesuatu yang perlu dilakukan.

Pertama, berusaha menghentikan kezaliman yang berlaku. Mencegah hal yang mungkar bukan hanya tentang maksiat di luar rumah kita, ia termasuklah mencegah kemungkaran dan kezaliman dalam rumah sendiri.

Kedua, Allah menyuruh kita berbuat baik kepada ibu bapa, dan tidak taat dan patuh dalam hal keburukan. Itu prinsip yang utama. Maka jika ada suatu perkara yang perlu diperbetulkan tentang sikap ibu bapa terhadap menantu (suami atau isteri anda), ataupun sikap menantu terhadap mertua, maka usahalah untuk berbincang secara matang.

Ketiga, kita perlu faham bahawa jika ada pun tabiat yang tidak disukai, proses untuk berubah adalah suatu proses yang panjang. Bukan berbulan, bahkan bertahun-tahun. Bayangkan seorang yang sangat asing, hidup dengan cara yang berbeza bertahun lamanya dengan ibu ayah mereka,tiba-tiba masuk ke dunia yang baru iaitu keluarga kita. Sudah pasti proses penyesuaian memerlukan masa dan usaha.

Kesimpulannya, perkahwinan selain penyatuan jiwa, ia juga adalah proses menyatukan dua buah keluarga. Sebagai warga Malaysia, kita mempunyai budaya kolektivis yang mementingkan elemen kesatuan dalam rumah tangga. Tidak dapat tidak setiap ahli keluarga perlu mempunyai ‘growth mindset’ yang memerlukan mereka sentiasa terbuka untuk belajar sesuatu yang baru dan sudi untuk berubah jika inginkan kehidupan yang lebih harmoni dan bahagia.


Kongsikan Artikel Ini

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.

Natirah Azira

Beliau merupakan graduan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dalam bidang Al-Quran dan Sunnah. Pernah mendalami bidang Psikologi selama dua tahun dan sekarang sedang menyambung pengajian peringkat Ijazah Sarjana dalam bidang Kaunseling di Universiti Sains Malaysia.

Kempen Dakwah Digital

Boleh Sumbangkan RM50 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Langgan Siri Tazkirah

Dapatkan siri informasi islamik yang ringan dan santai terus kepada emel anda setiap minggu dengan mengisi emel anda di bawah.

Ikuti Kami