Oleh Natirah Azira • 22 Mar 2019 • 4 min baca
Banyak cerita-cerita yang kita dengar tentang kelebihan surah-surah di dalam Al-Quran. Namun setelah menilai, berikut antara surah-surah yang didapati disebutkan dengan jelas di dalam riwayat-riwayat yang dipercayai.
Dalam Syarh Riyadhus Solihin (4/ 671), Syaikh Muhammad bin Shalih Al ‘Utsaimin menyatakan ada dua syarat Al Fatihah boleh dijadikan bacaan ruqyah(penyembuh) iaitu:
Pertama, orang yang membacanya mengimani bahawa bacaan tersebut adalah ruqyah yang bermanfaat.
Kedua, dibacakan pada orang sakit yang mengimani kalau ruqyah dengan Al Fatihah bermanfaat.
Hal ini berdasarkan suatu kisah yang benar terjadi pada zaman Rasulullah SAW (Baca lebih lanjut).
Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Nabi SAW bersabda:
لَا تَجْعَلُوا بُيُوتَكُمْ مَقَابِرَ، إِنَّ الشَّيْطَانَ يَنْفِرُ مِنَ الْبَيْتِ الَّذِي تُقْرَأُ فِيهِ سُورَةُ الْبَقَرَةِ
Maksudnya: “Janganlah menjadikan rumah kamu seperti perkuburan, sesungguhnya syaitan lari daripada rumah yang dibaca padanya surah al-Baqarah”. (Riwayat Muslim , no. 780 – Status Hadis Sahih)
Diceritakan bahawa seorang lelaki yang menyertai perang telah membaca Al-Quran dalam solatnya dan mengakhiri bacaannya dengan Surah Al-Ikhlas. Kisah itu diceritakan oleh sahabat lain kepada Nabi SAW. Apabila ditanya lelaki tersebut, beliau memberitahu bahawa beliau sangat menyukai surah Al-Ikhlas, lalu Rasulullah SAW memaklumkan semula kepada lelaki tersebut bahawa Allah juga sangat menyukai dirinya.
Dari intisari cerita di atas, dapat difahami bahawa orang yang selalu membaca, memahami dan membiasakan diri membaca Surah Al-Fatihah disukai oleh Allah.
“Dari ‘Abdullah bin Mas’ud, ia berkata, “Barangsiapa membaca “Tabarokalladzi bi yadihil mulk” (surat Al Mulk) setiap malam, maka Allah akan menghalanginya dari seksa kubur. Kami di masa Rasulullah SAW menamakan surat tersebut “al Mani’ah” (penghalang dari siksa kubur). Dia adalah salah satu surah di dalam Kitabullah. Barangsiapa membacanya setiap malam, maka ia telah memperbanyak dan telah berbuat kebaikan.”(HR. An Nasai dalam Al Kabir 6/179 dan Al Hakim. Hakim mengatakan bahwa sanad hadis tersebut sahih)
Dari Abu Darda’ RA, ia berkata bahwa Rasulullah SAW bersabda,
مَنْ حَفِظَ عَشْرَ آيَاتٍ مِنْ أَوَّلِ سُورَةِ الْكَهْفِ عُصِمَ مِنَ الدَّجَّالِ
“Siapa yang menghafal sepuluh ayat pertama dari surat Al-Kahfi, maka ia akan terlindungi dari Dajjal.” (HR. Muslim no. 809 – Status hadis sahih)
Dari Aisyah RA bahawa Rasulullah SAW apabila akan tidur, beliau meniup di kedua tangannya, membaca surah mu’awwidzaat (surah Al-Ikhlas, Al-Falaq, dan An-Naas) lalu mengusapkan kedua tangannya pada tubuhnya. (Muttafaqun ‘alaih)
Dalam riwayat lain oleh Bukhari dan Muslim disebutkan bahwa Nabi SAW apabila menghampiri tempat tidurnya, beliau menyatukan kedua telapak tangannya kemudian meniupnya, lalu membacakan pada keduanya,
“Qul huwallahu ahad, Qul a’udzu birobbil falaq, Qul a’udzu birobbin naas.” Kemudian beliau mengusapkan kedua telapak tangannya ke seluruh tubuhnya yang dapat ia jangkau. Beliau mulai dari kepala, wajah, dan bagian depan tubuhnya. Beliau melakukan itu tiga kali. (Muttafaqun ‘alaih) (HR. Bukhari, no. 6320 dan Muslim, no. 2714)
Terdapat hadis dalam sahih Muslim, dari Anas bin Malik, ia berkata, suatu saat Rasulullah SAW di sisi kami dan saat itu beliau dalam keadaan tidur ringan (tidak nyenyak). Lantas beliau mengangkat kepala dan tersenyum. Kami pun bertanya, “Mengapa engkau tertawa, wahai Rasulullah?” “Baru saja turun kepadaku suatu surah.” Lalu baginda membaca,
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ (إِنَّا أَعْطَيْنَاكَ الْكَوْثَرَ فَصَلِّ لِرَبِّكَ وَانْحَرْ إِنَّ شَانِئَكَ هُوَ الأَبْتَرُ
“Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Sesungguhnya Kami telah memberikan kepadamu nikmat yang banyak. Maka dirikanlah solat kerana Rabbmu; dan berqurbanlah. Sesungguhnya orang-orang yang membenci kamu dialah yang terputus” (Surah Al Kautsar 108:1-3).
Kemudian beliau berkata, “Tahukah kalian apa itu Al Kautsar?” “Allah dan Rasul-Nya yang lebih mengetahui”, jawab kami. Rasulullah SAW bersabda,
فَإِنَّهُ نَهْرٌ وَعَدَنِيهِ رَبِّى عَزَّ وَجَلَّ عَلَيْهِ خَيْرٌ كَثِيرٌ هُوَ حَوْضٌ تَرِدُ عَلَيْهِ أُمَّتِى يَوْمَ الْقِيَامَةِ آنِيَتُهُ عَدَدُ النُّجُومِ فَيُخْتَلَجُ الْعَبْدُ مِنْهُمْ فَأَقُولُ رَبِّ إِنَّهُ مِنْ أُمَّتِى. فَيَقُولُ مَا تَدْرِى مَا أَحْدَثَتْ بَعْدَكَ
“Al Kautsar adalah sungai yang dijanjikan oleh Rabbku ‘azza wa jalla. Sungai tersebut memiliki kebaikan yang banyak. Ia adalah telaga yang nanti akan didatangi oleh umatku pada hari kiamat nanti. Bejana (gelas) di telaga tersebut sejumlah bintang di langit. Namun ada dari sebahagian hamba yang tidak bisa minum dari telaga tersebut. Allah berfirman: Tidakkah engkau tahu bahawa mereka telah berbuat bid’ah sesudahmu.” (HR. Muslim no. 400 – Hadis sahih).
Kesimpulannya, beramal lah dengan surah-surah yang sudah nyata disebutkan kelebihan tentangnya. Terlalu banyak cerita-cerita tentang kelebihan surah yang tersebar namun apabila diperiksa ternyata tidak ada riwayat yang benar-benar sahih tentang perkara tersebut. Contohnya Surah Al-Waqiah, jika diamalkan maka tidak akan ditimpa kefakiran, akan dimurahkan rezeki dan sebagainya.
Bukanlah bermakna ia tidak boleh diamalkan, namun beramal tanpa panduan dan dasar yang benar adalah suatu yang dilarang dalam Islam dalam hal ibadah. Beramal sahaja secara biasa tanpa beriqtikad kerana ia mampu memberi sekian-sekian kelebihan yang dimahukan. Atau lebih baik, berdoa dan minta sahaja terus kepada Allah, InsyaAllah akan dimakbulkan.
Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.
Kempen Dakwah Digital
Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.