Ibadah

Amalan Rasulullah SAW Yang Dibuktikan Kajian Sains

Oleh Natirah Azira  •  28 Jan 2019  •  2 min baca

Allah SWT telah mengutuskan seorang nabi yang akan menjadi suri teladan yang baik buat seluruh manusia. Siapa lagi kalau bukan baginda Rasulullah SAW. Jika diteliti hadis daripada baginda, terlalu banyak amalan yang boleh dicontohi. Ianya dibadikan dalam Kitab Syamail Muhammadiyyah karangan Imam Tirmidzi.

Kini, telah banyak kajian sains yang dilakukan yang akhirnya menyerlahkan lagi kebenaran serta hikmah di sebalik amalan yang telah dilakukan oleh Rasulullah SAW beribu tahun dahulu.

#1- Bangun Awal Pagi

Bangun awal pada waktu pagi dibuktikan sains dapat menjadikan hidup lebih produktif. Masalah tekanan juga kurang berlaku kepada orang yang bangun pada awal pagi.

#2- Makan Sedikit

Rasulullah SAW selalu mengamalkan makan secara sedikit. Kajian sains membuktikan bahawa makan dengan sedikit mampu menjauhkan kita daripada dijangkiti penyakit. Banyak penyakit bermula daripada pemakanan.

#3- Makan Dengan Perlahan

Tempoh 20 minit diperlukan bagi menghantar isyarat ke otak sebelum kita berasa kenyang. Makan dengan perlahan mampu membantu proses pencernaan.

#4- Makan Bersama-Sama

Makan bersama-sama ahli keluarga dikaji dapat mengurangkan perasaan stres. Hubungan kekeluargaan akan menjadi lebih erat dan konflik dapat dielakkan.

#5- Minum Air Dalam 3 Nafas

Kajian sains pada hari ini menunjukkan bahawa minum air dalam sekali tegukan (sekali nafas) boleh menyebabkan pening, sakit kepala dan juga ketidak seimbangan elektrolit dalam badan.

#6- Makan Buah Delima

Buah delima dikatakan sebagai buah yang paling berkhasiat. Ia kaya dengan Vitamin C, antioksiden dan mempunyai kandungan yang mampu mencegah kanser, meningkat sistem imunisasi badan dan juga meningkatkan kesuburan.

#7- Makan Buah Kurma

Rasullah SAW suka merendam buah kurma pada malam hari dan akan meminum keesokannya. Antara faedah makan buah kurma ialah dapat menyeimbangkan kadar gula dalam badan, elektrolit dan juga darah.

#8- Berpuasa

Berpuasa adalah amalan yang biasanya dilakukan oleh umat Islam terutama pada bulan Ramadan. Kini ia menjadi satu amalan gaya hidup sihat – diamalkan juga oleh orang bukan Islam. Berpuasa dapat mengawal tekanan darah, kolestrol serta menguatkan antibodi badan dalam melawan sel-sel kanser.

#9- Solat

Solat boleh menyihatkan tubuh badan kerana ia mempunyai pergerakan-pergerakan yang membolehkan darah dalam badan mengalir dengan lancar. Selain itu, solat juga menggalakkan aktiviti postur badan yang betul, dalam masa yang sama memberi ketenangan dalaman kepada minda dan jiwa.

Semoga maklumat berkaitan kajian yang disampaikan ini akan meningkatkan lagi keyakinan serta kesungguhan kita untuk melakukan amalan sunnah yang dilakukan oleh Nabi SAW.


Kongsikan Artikel Ini

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.

Natirah Azira

Beliau merupakan graduan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dalam bidang Al-Quran dan Sunnah. Pernah mendalami bidang Psikologi selama dua tahun dan sekarang sedang menyambung pengajian peringkat Ijazah Sarjana dalam bidang Kaunseling di Universiti Sains Malaysia.

Kempen Dakwah Digital

Boleh Sumbangkan RM50 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Langgan Siri Tazkirah

Dapatkan siri informasi islamik yang ringan dan santai terus kepada emel anda setiap minggu dengan mengisi emel anda di bawah.

Ikuti Kami