Inspirasi

Kasih Tuhan Lebih Besar Daripada Kasih Ibu Kepada Anaknya

Oleh BroSyarief  •  30 Dec 2018  •  2 min baca

(Diriwayatkan) Daripada ‘Umar ibn al-Khattab RA, katanya:

قدِم رَسُول الله – صلى الله عليه وسلم – بسَبْيٍ فَإِذَا امْرَأةٌ مِنَ السَّبْيِ تَسْعَى
Rasulullah SAW pulang dengan tawanan (di kalangan wanita dan kanak-kanak).
Tiba-tiba, seorang wanita dari kalangan tawanan tersebut berlari-lari (seakan mencari-cari sesuatu).

إِذْ وَجَدَتْ صَبيًا في السَّبْيِ أخَذَتْهُ فَألْزَقَتهُ بِبَطْنِهَا فَأَرضَعَتْهُ
Apabila dia bertemu dengan seorang anak kecil di kalangan tawanan tersebut, dia mengambilnya lalu merapatkannya ke perutnya dan dia terus menyusukannya.

فَقَالَ رَسُول الله – صلى الله عليه وسلم: «أتَرَوْنَ هذِهِ المَرْأةَ طَارِحَةً وَلَدَها في النَّارِ؟» قُلْنَا: لاَ وَاللهِ.
Lalu, Rasulullah SAW bertanya,

“Apa pandangan kalian.. Adakah wanita ini sanggup untuk melemparkan anaknya ke dalam api?”

Kami menjawab, ‘Tidak! Demi Allah!’

فَقَالَ: اللهُ أرْحَمُ بِعِبَادِهِ مِنْ هذِهِ بِوَلَدِهَا
Nabi SAW menjawab, “Allah jauh lebih mengasihi terhadap hamba-hambaNya berbanding ibu ini terhadap anaknya”

مُتَّفَقٌ عَلَيهِ.
(HR Al-Bukhari & Muslim)

Ibn al-Jawzi (w.597H) menyebutkan,

اعْلَم أَن هَذِه الْمَرْأَة سبيت دون وَلَدهَا، وَكَانَت تفعل هَذَا بالصبيان شوقا إِلَيْهِ
‘Ketahuilah bahawa wanita itu ditawan tanpa anaknya bersama. Dia melakukan sedemikian dengan anak kecil tersebut kerana rindukan anaknya.

وَاعْلَم أَن رَحْمَة الله عز وَجل لَيست رقة، وَإِنَّمَا حَدثهمْ بِمَا يفهمون
Ketahuilah bahawa rahmat Allah – ‘azza wa jalla – tidak (bermaksud) lembut (sepanjang masa), tetapi Dia berinteraksi dengan hamba-hambaNya (bersesuaian) dengan apa mereka fahami.

فَمن عُمُوم رَحمته إرْسَال الرُّسُل، وإمهال المذنبين.
Di antara (tanda) umum rahmatNya, ialah pengutusan para rasul (untuk membimbing manusia), dan dilewatkan (azab hukuman) bagi para pendosa.

فَإِذا جَحده الْكَافِر خرج إِلَى مقَام العناد فَلم يكن أَهلا للرحمة.
Namun apabila ada orang kafir yang mengingkariNya, (hakikatnya) dia telah melampaui batas, maka dia tidak lagi layak untuk menerima rahmatNya.

وَأما خُصُوص رَحمته فلعباده الْمُؤمنِينَ، فَهُوَ يلطف بهم فِي الشدَّة والرخاء، يزِيد على لطف الوالدة بِوَلَدِهَا.

Adapun rahmatNya yang khusus adalah untuk hamba-hambaNya yang beriman. Allah jauh lebih menyantuni mereka di saat susah dan senang, berbanding (lembutnya) seorang ibu dengan anaknya.’

[Kasyful Musykil min Hadits as-Sahihayn]

#NotaterjemahanBroSyarief
#BroSyariefShares


Kongsikan Artikel Ini

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.

BroSyarief

BroSyarief merupakan seorang penuntut ijazah dalam bidang Quran dan Sunnah di UIAM

Kempen Dakwah Digital

Boleh Sumbangkan RM50 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Langgan Siri Tazkirah

Dapatkan siri informasi islamik yang ringan dan santai terus kepada emel anda setiap minggu dengan mengisi emel anda di bawah.

Ikuti Kami