Inspirasi

9 Ayat Al-Quran Untuk Anda Apabila Hidup Terasa Melelahkan

Oleh Natirah Azira  •  4 Dec 2018  •  2 min baca

#1- Berharap Sepenuhnya Kepada Allah

“Dan berserahlah kepada Allah (dan janganlah menumpukan harapanmu kepada yang lain), kerana cukuplah Allah menjadi pentadbir urusanmu” (Surah Al-Ahzab 33:3)

#2- Allah Ingin Membersihkan Hambanya Dari Dosa

“Dan Allah hendak (membersihkan kamu dari dosa dengan) menerima taubat kamu…”(Surah An-Nisa 4: 27)

#3- Kebaikan Menghapuskan Kejahatan

“Sesungguhnya amal-amal kebajikan (terutama sembahyang) itu menghapuskan kejahatan” (Surah Hud 11: 114)

#4- Rahmat Allah Meliputi Segalanya

“…rahmatKu meliputi tiap-tiap sesuatu: maka Aku akan menentukannya bagi orang-orang yang bertaqwa, dan yang memberi zakat, serta orang-orang yang beriman kepada ayat-ayat Kami”(Surah Al-‘Araf 7: 156)

#5- Allah Sentiasa Menjaga Hamba-Hambanya

“Tuhanmu sentiasa Melihat (akan keadaan makhluk-makhlukNya”(Surah Al-Furqan 25:20)

#6- Kejayaan Hanya Dari Allah

“dan tiadalah aku akan beroleh taufik untuk menjayakannya melainkan dengan pertolongan Allah. Kepada Allah jualah aku berserah diri dan kepadaNyalah aku kembali”(Surah Hud 11: 88)

#7- Allah Mampu Melapangkan Jalan Hidup

“Nabi Musa berdoa dengan berkata: “Wahai Tuhanku, lapangkanlah bagiku, dadaku; Dan mudahkanlah bagiku, tugasku”(Surah Taha 20: 26)

#8- Allah Akan Membela Orang Beriman

“Sesungguhnya Allah membela orang-orang yang beriman; sesungguhnya Allah tidak suka kepada tiap-tiap seorang yang khianat, lagi tidak bersyukur” (Surah Al-Haj 22: 38)

#9- Bertawakkal Kepada Allah Setelah Melakukan Keputusan

“…kemudian apabila engkau telah berazam (sesudah bermesyuarat, untuk membuat sesuatu) maka bertawakalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Mengasihi orang-orang yang bertawakal kepadaNya”(Surah Ali Imran 3: 159)


Kongsikan Artikel Ini

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.

Natirah Azira

Beliau merupakan graduan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dalam bidang Al-Quran dan Sunnah. Pernah mendalami bidang Psikologi selama dua tahun dan sekarang sedang menyambung pengajian peringkat Ijazah Sarjana dalam bidang Kaunseling di Universiti Sains Malaysia.

Kempen Dakwah Digital

Boleh Sumbangkan RM50 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Langgan Siri Tazkirah

Dapatkan siri informasi islamik yang ringan dan santai terus kepada emel anda setiap minggu dengan mengisi emel anda di bawah.

Ikuti Kami