Oleh Natirah Azira • 28 Nov 2018 • 2 min baca
Sesetengah orang merasakan bahawa apabila mereka sibuk dan masa dipenuhi dengan pelbagai perkara, mereka sudah meluangkan masa sebaik mungkin. Tidak ada masa yang dibazirkan dengan sia-sia.
Namun jangan silap sangka, kesibukan tidak bermakna perkara yang kita lakukan itu berkualiti. Di bawah adalah tiga cara yang mampu melatih kita untuk tidak terlalu tergesa-gesa, dan memberikan kita masa untuk menilai semula apa yang dilakukan.
Solat lima kali sehari adalah satu cara untuk membuatkan kita tidak merasa tergesa-gesa. Solat tidak mengganggu kerja, malah sebenaranya solat dapat ‘refresh’ semula minda setelah beberapa ketika tenggelam dalam kesibukan. Rasai ketenangannya semula selepas menunaikan solat, malah kesannya bukan hanya pada urusan selepas solat malah sepanjang hari.
Ramai daripada kita mungkin telah meluangkan masa membaca Al-Quran sekurang-kurangnya satu muka surat sehari. Namun, bagaimana untuk menjadikan amalan ini lebih berkualiti dan terkesan di hati?
Caranya adalah dengan menjadikan amalan membaca Al-Quran bukan sekadar rutin atau check-list yang ingin dipenuhi. Jauhkan gajet daripada kita ketika membaca Al-Quran supaya ianya tidak mengganggu perhatian. Bacalah Al-Quran dengan tajwid yang betul dan sepenuh penghayatan kepada makna yang terkandung di sebaliknya.
Jika tugasan kerja anda benar-benar menuntut perhatian hingga tidak sempat ke masjid atau meluangkan masa untuk membaca Al-Quran, maka ini cara yang paling ringkas dan senang untuk dilakukan.
Setiap kali anda rasa stres dan tertekan dengan apa yang dilakukan, alihkan fikiran dan minda kepada Allah. Tuturkan zikir perlahan-lahan. Contohnya apabila anda tersekat dalam kesesakan lalu lintas, tarik nafas perlahan dan ucapkanlah zikir, istighfar atau selawat ke atas Baginda Nabi SAW untuk menyeru kembali ketenangan ke dalam diri.
Ketiga-tiga amalan ini dapat membantu kita untuk keluar sebentar dari putaran kesibukan. Apabila ianya konsisten dilakukan, amalan ini dapat menyusun cara fikir dan reaksi apabila sesuatu terjadi.
Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.
Kempen Dakwah Digital
Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.