Ibadah

11 Petikan Kata Daripada ‘Kimia Kebahagiaan’ Imam Ghazali

Oleh Natirah Azira  •  17 Nov 2018  •  3 min baca

Imam Al-Ghazali merupakan salah seorang ahli agama, ahli falsafah, dan sufi yang harum namanya dalam Islam. Dalam perjalanannya menuntut ilmu, beliau lebih dahulu mempelajari ilmu fiqah barulah ilmu kalam dan falsafah.

Maka tidak hairanlah karya-karyanya cukup tinggi lenggok bahasa serta dalam maknanya. Berikut 11 petikan kata menarik dari kitabnya, Kimiya Al-Sa’adah yang bermaksud ‘Kimia Kebahagiaan’.

#1- Cinta Adalah Benih Kebahagiaan

“Cinta adalah benih kebahagiaan, dan cinta kepada Allah ditumbuhkan dan dikembangkan oleh ibadah”

#2- Dua Perkara Penting Buat Manusia

“Sementara manusia berada di dunia ini, ada dua hal yang perlu baginya. Pertama perlindungan dan pemeliharaan jiwanya. Kedua pemeliharaan dan penjagaan jasadnya”

#3- Jiwa Terus Abadi

“Jasad boleh dikatakan sebagai sekadar haiwan tunggangan bagi jiwa dan akan musnah, sementara jiwa terus abadi.”

#4- Perkara Berbahaya Kadang-Kadang Bermula Dari Hal Remeh

“Sifat berbahaya lainnya dari benda-benda duniawi adalah bahawa pada mulanya ia kelihatan sebagai sekadar hal-hal remeh, tetapi hal-hal yang remeh ini masing-masing bercabang tak terhitung banyaknya sampai menelan seluruh waktu dan tenaga manusia.”

#5- Manusia Tidak Diciptakan Secara Main-main

“Ketahuilah bahawa manusia tidak diciptakan secara main-main atau sembarangan. Ia diciptakan dengan sebaik-baiknya dan demi suatu tujuan agung. Meskipun bukan merupakan bahagian yang kekal, ia hidup selamanya, meski jasadnya rapuh dan membumi, ruhnya mulia dan bersifat ketuhanan.”

#6- Pancaindera Ibarat 5 Pintu Terbuka

“Pancaindera bagaikan lima pintu yang terbuka menghadap ke dunia luar, tetapi ajaib dari semua ini, hatinya memiliki jendela yang terbuka ke arah dunia roh yang tidak dapat dilihat oleh mata.”

#7- Hati Umpama Cermin

“Setiap manusia, di kedalaman kesedarannya mendengar pertanyaan; “Bukankah aku ini Tuhanmu?” dan menjawab “Ya”. Tetapi ada hati yang menyerupai cermin yang telah sedemikian dikotori oleh karat dan kotoran sehingga tidak lagi memberikan pantulan-pantulan yang jernih.”

#8- Diri Adalah Kunci Pengetahuan Tentang Tuhan

“Pengetahuan tentang diri adalah kunci pengetahuan tentang Tuhan. Orang yang telah hilang keinginan kepada pengetahuan seperti ini bagaikan seorang yang telah kehilangan seleranya terhadap makanan sihat.”

#9- Merenungi Jasad

“Suatu bahagian penting dari pengetahuan kita tentang Tuhan timbul dari kajian dan renungan atas jasad kita sendiri yang menampakkan pada kita kebijaksanaan, kekuasaan, serta cinta Sang Pencipta.”

#10- Jasad Diciptakan Untuk Jiwa

“Jasad diciptakan untuk jiwa, dan jiwa untuk jasad. Jika seorang manusia tidak mengetahui jiwanya sendiri, yang merupakan sesuatu yang paling dekat dengannya, maka apa erti dakwaannya bahawa dia telah mengetahui hal-hal lain.”

#11- Kemampuan Untuk Terus Meraih Kemajuan

“Kebesaran manusia yang sebenarnnya terletak pada kemampuannya untuk terus-menerus meraih kemajuan. Jika tidak di dalam ruang yang sementara ini, ia akan menjadi makhluk paling lemah di antara segalanya – dikuasai oleh kelaparan, kehausan, panas, dingin, dan penderitaan.”

Sungguh besar makna kebahagiaan yang telah dihuraikan oleh Imam Ghazali. Ia hasil dari hubungan erat antara seorang hamba, kehidupan dan juga Tuhannya.

Sumber:
Kitab ‘Kimiya Al-Sa’adah’ oleh Imam Ghazali yang telah diterjemahkan ke dalam Bahasa Indonesia


Kongsikan Artikel Ini

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.

Natirah Azira

Beliau merupakan graduan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dalam bidang Al-Quran dan Sunnah. Pernah mendalami bidang Psikologi selama dua tahun dan sekarang sedang menyambung pengajian peringkat Ijazah Sarjana dalam bidang Kaunseling di Universiti Sains Malaysia.

Kempen Dakwah Digital

Boleh Sumbangkan RM50 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Langgan Siri Tazkirah

Dapatkan siri informasi islamik yang ringan dan santai terus kepada emel anda setiap minggu dengan mengisi emel anda di bawah.

Ikuti Kami