Inspirasi

Manusia Tanpa Sifat Kemanusiaan

Oleh Syazana Syamsul  •  7 Nov 2018  •  2 min baca

Ketika mana kita saling bertukar senyuman, berkongsi gelak ketawa, ada beribu jiwa sedang tenat menderita.

Mereka bertukar kisah kehilangan sesama mereka dan sedang sibuk berkongsi katil hospital yang kian sesak.

Begitulah kehidupan mereka, saudara kita di tanah peperangan. Saban hari kita disaji dengan cerita ledakan bom, asap pedih yang dilempar ke tempat awam, keganasan dan penindasan terutama terhadap golongan kanak-kanak, warga tua dan wanita.

Manusia dibunuh sesuka hati hanya kerana sifat tamak dan mengejar kekuasaan. Darah yang tumpah bagaikan satu fenomena biasa ditatap setiap hari. Dipijak-pijak, dipukul semahunya, diseksa sehingga ke titisan darah terakhir.

Manusia yang pada hakikatnya, disulami dengan sifat kemanusiaan dan belas ihsan. Namun hari ini, dunia diperlihatkan dengan manusia yang sudah tipis nilai kemanusiaan.

Rakyat Islam di negara-negara seperti Palestin, dinafikan hak mereka di tanah sendiri. Diusir dan diseksa bagaikan hilang nilai tamadun.

Bahkan megah pula mengaku tanah subur Palestin sebagai tanah mereka. Kegilaan apakah yang merasuk perjuangan palsu mereka?

Saya sering percaya kehidupan bertamadun itu, penuh degan sifat manusiawi. Punya ketertiban bersulamkan toleransi.

Sayangnya, kemanusiaan itu makin pudar, terhakis dengan ego dan ketamakan manusia.

Menerusi buku Ciri-Ciri Masyarakat Islam Yang Kita Idamkan. Profesor Dr. Yusuf Al-Qardhawi berkata, nilai-nilai kemanusiaan itu harus dipandu oleh ilmu, amal dan iman.

Di samping itu, manusia perlu hidup dalam perasaan kasih sayang dan persaudaraan dengan mengutamakan orang lain.

Wahai manusia yang sedang berselimut dengan kenikmatan, jangan pernah berasa terlalu selesa. Ujian yang ditimpa mereka, sebenarnya ujian besar untuk nilai tahap kemanusiaan kita.

Hulurkan bantuan sepenuh dayamu, semampu dan seikhlasnya. Jika dengan jasad kau mampu berjuang, kerahkan tenagamu. Jika dengan harta kau mampu mengurangkan bebanan, bersedekahlah.

Di saat merasakan tiada apa mampu dihulur, jangan pernah lupa, Rasulullah meninggalkan qunut nazilah sebagai doa terindah penyelamat daripada penindas durjana, maka ringankanlah zikirmu.

Duhai manusia, ayuh bina kembali kemanusiaanmu yang kian terhakis!


Kongsikan Artikel Ini

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.

Syazana Syamsul

Anak jati Terengganu. Graduan Ijazah Sarjana Muda Bahasa Arab Dan Komunikasi, Universiti Sains Islam Malaysia. Berpengalaman berada di bahagian editorial sebuah syarikat penerbitan buku di Malaysia. Mempunyai minat yang mendalam dalam dunia penulisan. Sentiasa percaya, “Writing To Heal, Menulis Untuk Menyebarkan, Menulis Untuk Terus Merasa Erti Hidup”.

Kempen Dakwah Digital

Boleh Sumbangkan RM50 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Langgan Siri Tazkirah

Dapatkan siri informasi islamik yang ringan dan santai terus kepada emel anda setiap minggu dengan mengisi emel anda di bawah.

Ikuti Kami