‘MakNyah’ Dah lama saya fikirkan dan doakan teringin nak jumpa dengan golongan ini. Saya sayang mereka kerana Allah. Sebak sebenarnya kerana satu perkara saya pegang sehingga hari ini. Kita semua adalah sebuah keluarga.
Nabi S.A.W inginkan kebaikan dan rahmat buat semua manusia. Nabi S.A.W memimpin umat. Semua orang suci, yang kotor ialah dosa. Jangan pernah benci orang kerana kesalahannya. Sayanginya dan pimpin dengan rasa sayang.
Setiap orang ada tanggungjawab masing-masing. Saya cuma seorang cina yang sedang belajar mendekatkan diri kepada Allah.
Sudah lama saya ingin jumpa Qasrina Qas dan Ferl ini. Bila malam-malam berdakwah dengan Harry Zulkifli saya ada kata padanya untuk berjumpa dengan semua maknyah. Syukur harry hari-hari doa dan cuba sampaikan perlahan-lahan.
Teringin nak menumpang kebaikan mereka. Mereka semua baik dan sama macam kita dahagakan kebaikan. Rindukan suasana bahagia, tenang dan dekat pada Allah. Tetapi kadang-kadang kerana nafsu, perasaan, suasana hidup membuatkan kita semakin jauh.
Sesiapapun ada kelemahan, kerana itu kita kita kena bantu setiap orang dengan doakan mereka dan sampaikan dakwah. Malam-malam saya berdoa menangis risau lihat anak muda remaja berlumba motor seluruh Malaysia.
Setiap highway penuh dengan mereka, tinggal solat. Remaja terbiar tidur di bawah jambatan dan tepi bangunan. Anak muda memenuhi kelab malam. Bila ziarah jumpa mereka. Semuanya baik-baik. Dahagakan kebaikan.
Apabila berbica berkongsi rasa, air mata bergenang. Saya peluk dan suap makan bersama-sama. Sebab tu saya berdoa agar dapat buat program untuk setiap anak muda di Malaysia secara keseluruhan. Walau saya tetap teruskan secara kecil-kecilan. Saya naik turun kementerian sana sini. Tetapi belum ada rezeki.
‘Maknyah’ kita terpaksa akui memang sudah lama dan memang semakin ramai. Di universiti kolej pun ramai. Saya sebagai individu benar-benar sayang mereka kerana Allah. Banyak kami berkongsi bersama. Sebak pula rasa. Mendengar luahan hati mereka.
Mereka sangat baik, saya pesan nak berubah jadi lebih baik usahakan 3 ini;
#1- Jaga solat fardhu awal waktu.
#2- Cari suasana iman. Saya bercadang nak buat sesi perkongsian dan buat program santai 3hari 2malam dengan mereka. Santai-santai sahaja tetapi dapat ilmu.
#3- Sentiasa meminta doa daripada ibu dan ayah. Kerana doa mereka makbul.
Mereka menceritakan nikmat apabila mula menjaga solat awal waktu. Ferl,kata hidupnya berubah baru-baru ini semenjak dia jaga solat. Bangun awal Subuh. Dia menangis.
Harry pun begitu,yang mula-mula berubah dulu. Saya suka sebab beliau selalu cerita pada saya betapa sayang pada semua kawan-kawan dari dulu.
Semua yang baik datang apabila mula menjaga solat. Langkah pertama saya nak bantu semua maknyah dapat jaga solat awal waktu dulu. Melalui motivasi dan kasih sayang. Qas, pula cerita hidupnya. Saya sebak, katanya beliau cuma inginkan kebaikan sahaja dalam hidup.
Baik sangat. Bila dapat suap makanan bersama mereka. Begitulah dulu orang yang dakwah saya. Suapkan, selimutkan saya, bantu saya. Selesaikan masalah saya. Sentiasa ada untuk menasihati saya. Ambil berat pasal saya.
Kini dengan kasih hidup saya telah berubah, ingat mak saya kata. Dulu ada orang sayang kita. Sekarang giliran kita sayang pada orang lain.
Doakan saya dan setiap insan diluar sana ye. Kita sama-sama kerja keras membangunkan umat ini dengan pujuk rayu kasih sayang. Setiap tenagh malam kita Tahajud menangis pada Allah.
Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.
Kempen Dakwah Digital
Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.