Gaya Hidup

Dialog Rasulullah S.A.W Dengan Iblis

Oleh Rizal Alhaj  •  23 Jul 2018  •  2 min baca

Rasulullah S.A.W bertanya iblis;

“Apa yang kau rasakan jika melihat seseorang dari umatku hendak solat?”

Iblis menjawab;

“Aku merasa panas dingin dan gementar.”

Rasulullah S.A.W bertanya ringkas;

“Kenapa?”

Iblis menjawab;

“Sebab setiap seorang hamba Sujud 1 kali kepada Allah S.W.T, Allah S.W.T mengangkatnya 1 darjatnya.”

Rasulullah S.A.W bertanya mengenai puasa pula;

“Jika seorang umatku berpuasa?”

Iblis menjawab;

“Tubuhku terasa terikat hingga dia berbuka.”

Rasulullah S.A.W meneruskan persoalan lagi;

“Jika ia menunaikan haji?”

Iblis menjawab;

“Aku seperti orang gila.”

Rasulullah S.A.W bertanya lagi;

“Jika ia membaca Al-Quran?”

Iblis menjawab;

“Aku merasa meleleh laksana air timah di atas api.”

Rasulullah S.A.W bertanya;

“Jika ia bersedekah?”

Iblis menjawab;

“Itu sama sahaja seperti orang tersebut membelah tubuhku dengan gergaji.”

Rasulullah S.A.W meminta penjelasan;

“Mengapa terjadi begitu ?”

Iblis menjawab;

Sebab dalam sedekah ada 4 keuntungan baginya iaitu;
#1- Keberkatan hartanya
#2- Hidupnya disukai
#3- Sedekah itu kelak akan menjadi hijab antara dirinya dengan api neraka.
#4- Menghindarkan dirinya dari segala malapetaka serta musibah

Rasulullah S.A.W bertanya;

“Apa yang dapat mematahkan pinggangmu?”

Iblis menjawab;

“Suara kuda perang menuju ke jalan Allah S.W.T.”

Rasulullah S.A.W bertanya;

“Apa yang dapat melelehkan tubuhmu ?”

Iblis menjawab

“Taubat orang yang bertaubat.”

Rasulullah S.A.W bertanya;

“Apa yang dapat membakar hatimu?”

Iblis menjawab

“Istighfar di waktu siang dan malam.”

Rasulullah S.A.W;

“Apa yang dapat mencoreng wajahmu?”

Iblis menjawab;

“Sedekah yang dilakukan secara diam-diam.”

Rasulullah S.A.W bertanya;

“Bagaimana cara makanmu?”

Iblis menjawab;

“Dengan tangan kiri dan jariku.”

Rasulullah S.A.W bertanya;

“Siapa utusanmu?”

Iblis menjawab;

“Tukang sihir (bomoh).”

Rasulullah S.A.W bertanya;

“Apa yang membuatkan kamu gembira?”

Iblis menjawab;

“Bersumpah untuk bercerai.”

Rasulullah S.A.W bertanya;

“Siapakah kekasihmu?”

Iblis menjawab;

“Orang yang meninggalkan solat Jumaat.”

Begitulah kelemahan Iblis, namun andai kita manusia tidak mematuhi perintah Allah, itu lah kegembiraan dan kemenangan iblis.

Moga kita semua sentiasa mentaai segala suruhan dan larangan Allah S.W.T.


Kongsikan Artikel Ini

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.

Rizal Alhaj

Berasal dari Selangor

Kempen Dakwah Digital

Boleh Sumbangkan RM50 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Langgan Siri Tazkirah

Dapatkan siri informasi islamik yang ringan dan santai terus kepada emel anda setiap minggu dengan mengisi emel anda di bawah.

Ikuti Kami