Keluarga

Ketagihan Pornografi Perlu Diubati

Oleh Noor Afidah Abu Bakar  •  10 Apr 2018  •  2 min baca

Agak kerap saya mendengar rintihan para isteri dan ibu yang diluahkan kepada saya tentang ketagihan pornografi oleh si suami yang juga ayah kepada anak-anak.

Isterilah yang kecewa, menjeruk rasa, putus harapan dan rasa tidak bernilai bagi suami.

Sebagaimana dadah dan alkohol, ketagihan pornografi juga melalui proses yang sama. Ketagihan tetap ketagihan.

Saya pernah bertanya pakar dalam NGO yang banyak menguruskan kes penderaan seksual;

”Adakah pornografi sesuatu yang peribadi dan tidak melibatkan orang lain? Adakah pornografi hanya ‘merosakkan’ individu yang ketagih dan bukannya orang lain?”

Jawapannya;

“Tidak, pada awalnya ia bersifat aktiviti individu tetapi mereka yang ketagih ini tidak akan pernah puas dengan apa yang ditonton. Sebagaimana ketagihan dadah, semakin lama ketagih, semakin tinggi dos yang diperlukan, begitu juga dengan pornografi. Ada yang melampiaskan nafsu pada darah daging sendiri apabila berada di kemuncak ketagihan. Isteri sudah tidak memberi apa-apa makna lagi. Isteri hanyalah pada lafaz “Aku terima nikahnya…” itu sahaja “

Bagaimana ayah yang ketagih pornografi boleh berfungsi sebagai seorang ayah yang baik?

Saraf otak mereka rosak, karakter mereka berubah disebabkan pornografi, dan mereka juga hilang minat untuk menjadi seorang ayah.

Minat mereka hanyalah pada ketagihan mereka sahaja. Usaha mereka hanyalah mencari apa yang dapat memenuhi keinginan serakah mereka sahaja. Mereka tidak dapat berfungsi sebagai manusia yang normal.

Menjadi ibubapa memerlukan komitmen yang sangat tinggi. Menjadi ibubapa memerlukan kita menjadi ‘role model’ yang baik bagi anak-anak.

Menjadi ibubapa memerlukan kita menjadi pemimpin dan imam dalam keluarga.

Menjadi ibubapa menuntut kita melindungi anak-anak daripada pengaruh yang merosakkan anak, walau dengan nyawa kita sekalipun.

Jika demikian, di mana kedudukan keluarga dan anak-anak dalam kehidupan suami dan ayah yang ketagih pornografi?

Emosi isteri dan ibu juga terganggu disebabkan ketagihan ini. Anak-anak sudah tentunya akan terkesan dengan tiadanya harmoni.

Jangan malu untuk mendapatkan bantuan pakar. Malulah dengan Allah SWT jika tiada usaha untuk memperbaiki diri.


Kongsikan Artikel Ini

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.

Noor Afidah Abu Bakar

Beliau merupakan 'Certified Positive Parenting Educator (Parent Practice UK)'. Beliau boleh dihubungi melalui FB Parent Connect. Lulusan MA Early Childhood Education di University of Sheffield.

Kempen Dakwah Digital

Boleh Sumbangkan RM50 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Langgan Siri Tazkirah

Dapatkan siri informasi islamik yang ringan dan santai terus kepada emel anda setiap minggu dengan mengisi emel anda di bawah.

Ikuti Kami