Ibadah

Syarat Sah, Perkara Sunat Dan Makruh Ketika Melaksanakan Ibadah Korban

Oleh Marina  •  24 Aug 2017  •  2 min baca

Tahukah kita, sembelihan binatang yang dilaksanakan mengikut kaedah Islam bukanlah dibuat saja-saja.

Bahkan, ia mengandungi hikmah yang cukup besar. Jika tersalah kaedah, kemungkinan besar kita akan termakan makanan dari sumber yang haram atau syubhah.

Oleh itu, ilmu tentangnya perlu dihadam dan diambil tahu oleh segenap lapisan masyarakat, lebih-lebih lagi bagi mereka yang mengendalikan aktiviti sembelihan itu sendiri.

Berikut dikongsikan beberapa perkara yang berkait dengan perlaksanaan ibadah korban, yang merangkumi syarat-syarat sah sembelihan serta perkara sunat dan makruh tentang sembelihan;

#1 – Syarat-Syarat Sah Sembelihan

#1- Niat kerana Allah (bukan disebabkan perkara lain seperti sembelihan untuk disembah dan lain-lain).
#2- Putus urat halkum dan urat marih.
#3- Binatang yang disembelih halal dimakan dan masih hidup.
#4- Binatang tersebut mati dengan sekali sembelihan.
#5- Penyembelih mestilah beragama Islam, berakal dan baligh.
#6- Alat yang digunakan ketika proses sembelihan hendaklah tajam.
#7- Binatang yang mati disembelih itu bukan disebabkan mati terkejut, terjatuh dan hal-hal lain.

#2 – Perkara Sunat Ketika Sembelihan

#1- Membaca basmalah ‘bismillah’.
#2- Berselawat ke atas Nabi s.a.w.
#3- Mengadap ke arah kiblat.
#4- Binatang tersebut dibaringkan ke rusuk kiri semasa hendak disembelih.
#5- Binatang tersebut hendaklah disembelih pada pangkal lehernya.
#6- Kedua-dua urat (halkum dan marih) hendaklah diputuskan supaya binatang cepat mati.
#7- Memilih waktu siang untuk aktiviti sembelihan.
#8- Menggunakan alat yang paling tajam.

#3 – Perkara Makruh Ketika Sembelihan

#1- Menggunakan alatan yang tumpul.
#2- Menampakkan alat sembelihan kepada binatang.
#3- Tidak menyebut nama Allah ketika hendak memulakan sembelihan.
#4- Mematahkan leher binatang sebelum nyawanya hilang.
#5- Melakukan sembelihan di hadapan binatang lain yang akan disembelih.

Indahnya aturan dan ketetapan Allah swt ini dalam perlaksanaan ibadah korban.

Ketetapan tersebut tidak lain bagi membezakan antara daging yang halal dan haram, juga bagi menghindarkan sebarang penyakit dari binatang tersebut.

Kaedah yang penuh tertib dan berhati-hati itu juga dilakukan sebagai tanda penghormatan terhadap makhluk-Nya agar tidak terseksa, juga bagi memastikan binatang tersebut mati dengan cara yang cepat dan selamat.

Moga perkongsian ini dapat memberi sedikit info kepada kita sebagai persediaan untuk menyambut ibadah mulia ini. Wallahua’lam.


Kongsikan Artikel Ini

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.

Marina

Merupakan graduan dari UNISZA, Terengganu dalam bidang Pengajian Islam dengan hasrat menggabungkan pelbagai pengetahuan dan kemahiran yang dimiliki untuk manfaat komuniti. Menulis adalah salah satu dari minatnya dan beliau turut menghasilkan sebuah karya pertamanya yang berjudul , '' Himpunan Kisah Kaum-Kaum Binasa''.

Kempen Dakwah Digital

Boleh Sumbangkan RM50 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Langgan Siri Tazkirah

Dapatkan siri informasi islamik yang ringan dan santai terus kepada emel anda setiap minggu dengan mengisi emel anda di bawah.

Ikuti Kami