Oleh Rabiatul Adaweeyah • 3 Aug 2017 • 5 min baca
Dari Bahz bin Hakim, dari ayahnya, dari datuknya, dia berkata;
“Aku berkata, wahai Rasulullah, kepada siapakah aku harus berbuat baik?” Aku bertanya lagi, “Kemudian kepada siapa?” Baginda menjawab, “Ibumu.” Aku bertanya lagi, “Kemudian siapa?” Baginda menjawab, “Ibumu.” Aku bertanya lagi, “Kemudian siapa?” Baginda menjawab, ‘Ayahmu, kemudian kerabat terdekatmu.”Hadis Riwayat Abu Dawud
Dari Anas bin Malik r.a, dia berkata;
“Para wanita mendatangi Nabi s.a.w, dan mereka berkata, “Wahai Rasulullah, lelaki mendapat keutamaan dengan berjihad di jalan Allah, lalu amalan apa yang sebanding dengan jihad di jalan Allah bagi kami?” Baginda bersabda, “pekerjaan salah seorang antara kalian di rumahnya sebanding dengan pahala amalan lelaki yang berjihad di jalan Allah.”Hadis Riwayat Abu Ya’la dan al-Bazzar
Dari Ali in Abi Talib r.a, sesungguhnya Ali bin Hakim berkata;
“Apakah kalian tidak merasa cemburu, saat wanita-wanita kalian pergi keluar (rumah).” Hannad berkata dalam hadisnya, “Apakah kalian tidak merasa cemburu dan malu kerana telah sampai (khabar) kepadaku bahawa wanita-wanita kalian pergi ke pasar-pasar sedangkan mereka berdesakkan dengan para lelaki.”Hadis Riwayat Ahmad
Dari Ibnu Abbas r.a;
“Rasulullah s.a.w melaknat lelaki yang menyerupai wanita dan wanita yang menyerupai lelaki.”Hadis Riwayat Bukhari
Dari Jabir bin Abdullah, Rasulullah s.a.w bersabda;
“Barang siapa yang memiliki tiga orang anak perempuan, lalu dia memelihara, mengasihi dan menafkahinya, maka dia berhak memperoleh syurga.” Lalu Rasulullah ditanya, “Wahai Rasulullah, bagaimana kalau dua orang anak perempuan?” Baginda menjawab, “Begitu pula dengan dua anak perempuan.” Baginda ditanya lagi, “Bagaimana bila satu anak perempuan?” Baginda menjawab, “Begitu pula dengan satu anak perempuan.”Hadis Riwayat Ahmad
Dari Amir, berkata;
“Aku mendengar Nukman bin Basyir ra. Sedangkan dia berada di atas mimbar. Dia berkata, ‘Abu Atiyah telah memberiku sebuah pemberian.’ Amrah binti Rawahah (istrinya) berkata, ‘Aku tidak rela sampai kamu menjadikan Rasulullah s.a.w sebagai saksi.’ Lalu dia mendatangi Rasulullah seraya berkata, ‘Wahai Rasulullah, sesungguhnya aku memberi sesuatu kepada anak lelaki dari pernikahan dengan Amrah binti Rawahah, lalu dia menyuruhku agar aku menjadikan engkau sebagai saksi.’ Baginda bertanya, ‘Apakah kamu memberi semua anakmu seperti ini’ Dia menjawab, ‘Tidak!’ Baginda bersabda, ‘Bertakwalah kepada Allah dan berlaku adillah di antara anak-anakmu.’ Dia (perawi) berkata, ‘lalu dia (Abu Atiyyah) mengambil kembali pemberiannya itu’.”Hadis Riwayat Bukhari Muslim
Dari Jabir bin Abdullah, Rasulullah s.a.w bersabda;
“Janganlah kalian mendoakan keburukan untuk diri-diri kalian. Janganlah mendoakan keburukan untuk anak-anak kalian. Jangan pula untuk pembantu dan harta-harta kalian, kerana boleh jadi kalian (berdoa) bertepatan dengan saat Allah mengabulkan doa kalian.”Hadis Riwayat Abu Dawud
Dari Abdullah bin Amir, dia berkata;
“Rasulullah s.a.w datang ke rumah kami sedangkan saat itu aku masih anak-anak. Abdullah berkata, “Aku pergi ke luar untuk bermain. Lalu ibuku memanggilku, ‘Hai, Abdullah, kemarilah! Aku akan memberikan (sesuatu).’ Rasulullah bertanya kepadanya, ‘Apa yang hendak kamu berikan kepadanya?’ Dia menjawab, ‘kurma’. Baginda bersabda, ‘Sungguh, sekiranya kamu tidak melakukannya, maka dituliskan bagimu satu kebohongan.”Hadis Riwayat Abu Dawud
Nabi Muhammad s.a.w bersabda;
“Empat perkara pada umatku yang termasuk perbuatan jahiliyah, yang tidak di tinggalkan oleh mereka adalah membanggakan diri dengan keturunan, mencela nasab, meminta nujum kepada bintang-bintang dan meratap.”Hadis Riwayat Muslim
Dari Ummi Atiyah r.a;
“Kami dilarang untuk mengiringi jenazah walaupun sampai tidak diharamkan.”Hadis Riwayat Bukhari Muslim
Dari Ibnu Umar, Nabi Muhammad s.a.w bersabda;
“Seorang wanita masuk neraka kerana seekor kucing. Dia mengikatnya, tidak memberinya makan, dan tidak membiarkannya untuk makan serangga tanah.”Hadis Riwayat Bukhari Muslim
Dari Ibnu Abbas, dia berkata, Rasulullah s.a.w bersabda;
“Barang siapa yang mendengar-dengar pembicaraan suatu kaum, sedangkan mereka benci (pembicaraan mereka didengar), maka akan dihancurkan lelehan besi ke telinganya.” Hadis Riwayat Abu Dawud
Dari Ummu Salamah, dia berkata;
“Ummu Sulaim datang kepada Rasulullah s.a.w, lalu berkata, “Wahai Rasulullah, sesungguhnya Allah tidak malu untuk menjelaskan kebenaran. Apakah wanita wajib mandi jika ia ihtilam (mimpi jimak)?” Nabi s.a.w bersabda, “Ya, jika ia melihat air.” Ummu Salamah menutup wajahnya seraya bertanya, “Wahai Rasulullah, apakah wanita juga ihtilam?” Beliau menjawab “Ya, celakalah kamu, (kalau bukan kerana air wanita) dengan apa anak menjadi mirip (ibunya).”Hadis Riwayat Bukhari Muslim
Dari Abu Hurairah ra, Rasulullah s.a.w bersabda;
“Jika ada orang mengajukan lamaran (nikah) kepada kalian, dan kalian reda terhadap agama dan akhlaknya, maka nikahkanlah. Jika kalian tidak melakukannya, nescaya akan terjadi fitnah di muka bumi dan kerosakan yang luas.”Hadis Riwayat Tirmizi
Dari Abdullah bin Umar r.a, Rasulullah s.a.w bersabda;
“Wahai para wanita, bersedekahlah dan mintalah keampunan kerana sesungguhnya aku melihat kalian adalah penghuni neraka yang paling banyak.”Hadis Riwayat Bukhari Muslim
Lalu, teruslah menjadi wanita yang istimewa dengan hiasan iman dan taqwa. Semoga para wanita dapat meneladani setiap pesanan Baginda s.a.w ini sebagai panduan dan landasan menuju jannah Allah s.w.t. Amin.
Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.
Kempen Dakwah Digital
Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.