Tokoh

Jalaluddin Rumi: Penyair Dunia Yang Menjadi Inspirasi Ramai Pemikir

Oleh Anas  •  14 Jun 2017  •  3 min baca

Jalal al-Din Mohammad Ibn Mohammad Ibn Mohammad Ibn Hussain al-Rumi dilahirkan pada 604 A.H di Balkh yang terletak di Afghanistan. Rumi merupakan anak kepada seorang cendekiawan agama yang terkenal iaitu Baha al-Din.

Keluarganya pernah berhijrah beberapa kali sehinggalah usia Rumi mencecah 18 tahun. Ini termasuklah semasa penaklukan Mongol yang menyebabkan beliau dan keluarga beliau terpaksa melarikan diri dari Afghanistan. Mereka akhirnya memilih untuk bermastautin di Konya yang terletak di Turki. Hampir seluruh hidupnya dihabiskan di sana.

Semasa usia awal remajanya, Rumi mendapat pendidikan daripada Syed Burhan-al-Din. Rumi juga menghabiskan selama bertahun lamanya untuk mempelajari bahasa Arab, undang-undang, hadith, sejarah, quran, teologi, falsafah, matematik dan astronomi.

Oleh itu, semasa bapanya meninggal dunia. Rumi sudah pun menjadi tokoh ilmuwan dan mengambil tugas bapanya sebagai salah seorang ilmuwan tertinggi di negaranya. Pada masa itu, usianya baru 24 tahun.

Rumi mengisi hidupnya dengan mengajar dan memberi syarahan kepada orang awam sehingga usianya mencecah 35 tahun. Kemudian, beliau bertemu dengan seorang sufi pada tahun 1244 Masihi yang bernama Shamsi Tabrizi. Mereka menjadi sahabat karib selama beberapa tahun sehinggalah Shamsi Tabrizi hilang secara tiba-tiba.

Rumi mencari sahabatnya selama bertahun lamanya namun tidak menemuinya. Dalam tempoh itu, Rumi menulis puisi-puisi yang menyatakan rasa cintanya yang amat kuat kepada Allah.

Oleh itu, sumbangan terbesar beliau adalah menerusi falsafah Islam dan tasawwuf. Ia banyak dimuatkan di dalam puisinya terutamanya di dalam karya terkenal beliau, Mathnawi. Karya beliau ini membincangkan dan memberikan solusi kepada banyak masalah rumit dalam metafizik, agama, etika, kebatinan dan sebagainya.

Banyak karyanya adalah mengenai menyedarkan manusia dan menggalakkan mereka mengalami sendiri hidup ini tanpa mengikuti seseorang secara membabi buta.

Mathnawi yang mempunyai kira-kira 25000 ayat, menekankan pelbagai aspek tersembunyi dalam kesufian dan hubungan mereka dengan kehidupan di dunia. Subjek utamanya adalah hubungan manusia dengan Tuhan dan hubungan sesama manusia. Maka, banyak contoh yang diambil daripada kehidupan seharian.

Mathnawi dikenali sebagai interpretasi kepada Al-Quran dalam bahasa Pahlkavi. Ia juga dikatakan yang paling banyak menyampaikan mesej Rumi. Lalu, apabila ia siap ditulis, ilmuwan-ilmuwan yang lain mula menulis komentar ke atas penulisannya itu. Ini adalah bagi menterjemahkan semua kenyataannya mengenai tasawwuf, metafizik dan etika di dalam karya tersebut. Oleh itu, wujudlah juga komentar-komentar di dalam bahasa asing.

Karya beliau yang seterusnya ialah Diwan Shamsi Tabrizi dan Fihi-Ma-Fih. Diwan Shamsi Tabrizi atau Diwan adalah bersempena nama sahabat karibnya. Ia mengandungi 40000 ayat.

Kesan pemikiran beliau adalah mendalam di Asia Tengah dan kebanyakan negara Islam. Mesejnya menjadi inspirasi kepada ramai pemikir di Asia Tengah dan bahagian berhampiran. Antara ilmuwan yang menerima kesan itu dan telah memperkembangkan konsep Rumi adalah Iqbal.

Karya Rumi memberi kesan kepada penulisan dan budaya dunia Islam. Malah, sehingga kini puisinya dibaca dan diulang-cetak dalam pelbagai bahasa. Puisi Rumi menjadi di antara puisi yang paling laris di Amerika.

Rumi meninggal dunia pada tahun 672 A.H di Konya. Bagi menghargai sumbangan Rumi, UNESCO telah menjadikan tahun 2007 sebagai Tahun Rumi.


Kongsikan Artikel Ini

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.

Anas

Seorang penulis yang suka bereksperimentasi dengan pelbagai bidang dalam penulisan. Pernah menulis buku kanak-kanak dan juga majalah.

Kempen Dakwah Digital

Boleh Sumbangkan RM50 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Langgan Siri Tazkirah

Dapatkan siri informasi islamik yang ringan dan santai terus kepada emel anda setiap minggu dengan mengisi emel anda di bawah.

Ikuti Kami