Ibadah

Bersedekahlah Kerana 12 Kelebihan Ini

Oleh Rabiatul Adaweeyah  •  4 May 2017  •  4 min baca

Sedekah merupakan pemberian yang ikhlas sebagai bukti ketaatan kepada Allah s.w.t. Sedekah sememangnya tidak dapat dipaksa melainkankan lahir dari hati untuk memberi berdasarkan kemampuan seseorang itu.

Erti sedekah dalam Islam itu sangat luas sekali. Sedekah bukan sahaja dalam bentuk kebendaan, tetapi boleh dilakukan dengan pertolongan, mengajarkan ilmu, senyuman, memberi nafkah, berzikir dan sebagainya. Nabi Muhammad s.a.w bersabda;

“Kamu menyingkirkan batu, duri dan tulang dari tengah jalan itu adalah sedekah bagimu.” Hadis Riwayat Bukhari

Sebenarnya, banyak balasan yang Allah berikan bagi golongan yang gemar bersedekah. Antaranya;

#1 – Menghapuskan Dosa

Dengan bersedekah juga dapat menghapuskan segala dosa dan kesalahan terdahulu. Namun, terlebih dahulu mestilkah segala dosa itu dikesali dan dinsafi dengan taubat nasuha untuk tidak mengulanginya lagi.
Baginda s.a.w bersabda yang bermasud:

“Sedekah itu dapat menghapus dosa sebagaimana air itu memadamkan api” Hadis Riwayat at-Tirmidzi

#2 – Memisahkan Diri Dari Neraka

Nabi s.a.w bersabda:

“Bersedekahlah kamu sekalian, kerana sesungguhnya sedekah itu pemisah dari neraka.”

Selain itu, walau bersedekah apapun dengan bilangan yang sedikit sekalipun dapat mengelakkan diri dari api neraka. Sabda Baginda lagi;

“Jauhkan dirimu dari api neraka walaupun hanya dengan (sedekah) sebutir kurma.”

#3 – Dilipat Gandakan Pahala

Sedekah juga perbuatan yang sangat disukai Allah s.w.t selain menjadi amalan baik yang memberi ganjaran pahala kepada sesiapa yang bersedekah. Allah berfirman yang bermaksud:

“Perumpamaan orang-orang yang mendermakan (sedekah) harta bendanya di jalan Allah, seperti (orang yang menanam) sebutir biji yang menumbuhkan tujuh untai dan tiap-tiap untai terdapat seratus biji dan Allah melipat gandakan (balasan) kepada orang yang dikehendaki, dan Allah Maha Luas (anugerahNya) lagi Maha Mengetahui.”Surah al-Baqarah:261

#4 – Melalui Jambatan Siratal Mustaqim Dengan Cepat

Siratal Mustaqim yang tidak ramai berjaya harungi akan menjadi lebih mudah kepada pemberi sedekah. Lalu janganlah kedekut kerana dengan berdekah akan menjadi pembantu dan penolong kita di hari akhir nanti.

#5 – Memadamkan Kepanasan Alam Kubur

Nabi s.a.w bersabda:

“Sesungguhnya sedekah itu benar-benar akan dapat memadamkan panasnya alam kubur bagi penghuninya, dan orang mukmin akan bernaung dibawah bayang-bayang sedekahnya.” Hadis Riwayat at-Thabrani

#6 – Mendapat Naungan Pada Hari Akhirat

Golongan yang gemar bersedekah merupakan golongan yang akan menadapat naungan Allah pada hari Akhirat kelak.

Namun, ianya haruslah mereka yang ikhlas iaitu yang tidak menghebahkan pemberiannya itu untuk tujuan menunjuk ataupun riak.

“Seorang yang bersedekah dengan tangan kanannya, maka ia menyembunyikan amalnya itu sampai tangan kirinya tidak mengetahui apa yang disedekahkan oleh tangan kanannya.”Hadis Riwayat Bukhari

#7 – Dimasukkan Ke Syurga Tanpa Hisab Dan Siksa

Allah akan membukakan pintu syurga bagi golongan yang gemar bersedekah kerana-Nya. Asalkan niat sedekah adalah ikhlas dan tidak bertujuan buruk atau menunjuk-nunjuk.

#8 – Menambah Rezeki dan Kekayaan

Jangan sesekali bimbang akan berkurangnya rezeki kerana memberi sedekah kepada orang lain. Sesungguhnya dengan bersedekah akan meluaskan dan membukakan pintu rezeki kepada kita. Sabda Baginda;

“Tidak akan berkurang rezeki orang yang bersedekah, kecuali bertambah, bertambah dan bertambah.”

#9 – Amalan Yang Tidak Putus Sampai Mati

Sedekah juga merupakan amalan yang pahalanya berpanjangan sehingga meninggal dunia. Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a, bahawa Rasulullah s.a.w bersabda:

“Apabila anak cucu Adam itu mati, maka terputuslah semua amalnya, kecuali tiga perkara iaitu: sedekah jariah, anak yang sholeh yang memohonkan ampunan untuknya (Ibu dan bapanya) dan ilmu yang berguna setelahnya.”

#10 – Memanjangkan Umur

Seungguh indah dan ajaib amalan bersedekah ini sehinggakan Nabi s.a.w bersabda bahawa dengan bersedekah dapat memanjangkan umur pemberi sedekah itu.

“Sesungguhnya sedekahnya orang muslim itu dapat menambah umurnya, dapat mencegah kematian yang buruk, Allah akan menghilangkan darinya sifat sombong, kefakiran dan sifat bangga pada diri sendiri.”Hadis Riwayat Thabrani

#11 – Mengubati Penyakit

Dengan bersedekah seikhlas hati dapat menyembuhkan penyakit-penyakit orang yang bersedekah itu, kerana sedekah itu dapat membersihkan hati dan fikiran. Namun semua itu adalah dengan izin Allah s.w.t. Baginda bersabda;

“Ubatilah orang-orang yang sakit di antara kalian dengan bersedekah.”

#12 – Menghindarkan Dari Segala Bala Dan Bahaya

Sedekah juga sebagai penolak bala, musibah serta kejahatan terhadap pemberi sedekah.
Rasulullah s.a.w bersabda:

“Bersegeralah untuk bersedekah. Kerana musibah dan bencana tidak bisa mendahului sedekah.”

Sesungguhnya sangat besar ganjaran yang Allah s.w.t berikan kepada hamba-Nya yang bersedekah.

Oleh itu, janganlah berkira-berkira untuk memberi sedikit rezeki kita kepada golongan memerlukan.

Hulurkanlah sedikit bantuan dengan kudrat yang ada, paling mudah dan ringan senyumlah kerana sombong itu sifat yang tidak disukai Allah bahkan menjauhkan punca rezeki.

Semoga kita adalah sebahagian hambaNya yang gemar memberi. Amin.


Kongsikan Artikel Ini

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.

Rabiatul Adaweeyah

Berkelulusan Ijazah Sarjana Muda dari Universiti Malaya dalam Pengkhususan Pengajian Media Dan Sejarah. Sekarang bertugas sebagai Editor di sebuah syarikat penerbitan buku.

Kempen Dakwah Digital

Boleh Sumbangkan RM50 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Langgan Siri Tazkirah

Dapatkan siri informasi islamik yang ringan dan santai terus kepada emel anda setiap minggu dengan mengisi emel anda di bawah.

Ikuti Kami