Ibadah

Panduan Bagi Anda Untuk Menunaikan Solat Sunat Rawatib

Oleh Anas  •  28 Apr 2017  •  3 min baca

Solat sunat Rawatib adalah solat sunat yang dikerjakan sebelum dan selepas menunaikan solat fardhu.

Oleh itu, solat sunat Rawatib juga dikenali sebagai solat sunat Qabliyyah (sebelum) dan solat sunat Ba’diyyah (selepas).

Solat sunat Rawatib boleh menampung kekurangan ketika melakukan solat fardhu. Ia secara langsung melengkapkan solat fardhu kita.

Berikut di bawah menunjukkan jumlah rakaat bagi setiap solat sunat Rawatib.

(Qabliyyah/Sebelum)
Subuh : 2
Zohor : 2
Asar : 2 atau 4
Maghrib : Tiada
Isyak : 2

(Ba’diyyah/Selepas)
Subuh : Tiada
Zohor : 2
Asar : Tiada
Maghrib : 2
Isyak : 2

Tiada solat sunat selepas solat fardhu Subuh. Begitu juga adalah haram mengerjakan solat sunat selepas solat Asar hingga terbenam matahari.

Walau bagaimanapun, solat sunat yang lain seperti Tahiyyatul Masjid, solat gerhana, solat qada’, solat jenazah dan sebagainya masih boleh dilakukan pada waktu yang dilarang itu.

Cara-cara mengerjakan solat sunat Rawatib adalah seperti berikut:

#1 – Niat Menurut Solat

#2 – Tidak Memerlukan Azan Dan Iqamat

#3 – Dilakukan Bersendirian Atau Tidak Berjemaah

#4 – Bacaannya Tidak Dinyaringkan

#5 – Jika Lebih Daripada 2 Rakaat, Tiap-Tiap Dua Rakaat Mestilah Dengan Satu Salam

#6 – Sebaik-Baiknya, Solat Sunat Ba’diyyah Dilakukan Di Tempat Yang Lain Dari Tempat Solat Fardhu Yang Dilakukan Sebelumnya

Fadhilat solat sunat Rawatib ini ada dinyatakan oleh Nabi Muhammad s.a.w. Ibnu Umar r.a berkata;

“Pernah saya solat bersama Rasulullah s.a.w dua rakaat sebelum Zohor dan dua rakaat sesudah Zohor dan dua rakaat sesudah solat Jumaat dan dua rakaat sesudah Isyak.”Riwayat Bukhari dan Muslim

Solat sunat sebelum Subuh juga ada disebut fadhilatnya oleh Nabi Muhammad s.a.w. Daripada Aisyah r.a bahawa Nabi Muhammad s.a.w telah bersabda;

“Dua rakaat fajar (solat sunat yang dikerjakan sebelum Subuh) itu lebih baik daripada dunia dan seisinya.” Riwayat Muslim

Solat sunat Qabliyyah bagi waktu Zohor dinamakan juga sebagai sunat Muakkad iaitu sunat yang amat kuat.

Berikut adalah niat solat sunat Rawatib bagi setiap waktu solat fardhu;

#1 – SUBUH

Niat Solat Fajar Sebelum Subuh

“Sahaja aku solat sunat Fajar dua rakaat kerana Allah Taala.”

#2 – ZOHOR

Niat Solat Sunat Dua Rakaat Sebelum Zohor

“Sahaja aku solat sunat sebelum Zohor dua rakaat kerana Allah Taala.”

Niat Solat Sunat Dua Rakaat Selepas Zohor

“Sahaja aku solat sunat selepas Zohor dua rakaat kerana Allah Taala.”

#3 – ASAR

Niat Solat Sunat Dua Rakaat Sebelum Solat Asar

“Sahaja aku solat sunat sebelum Asar dua rakaat kerana Allah Taala.”

#4 – MAGHRIB

Niat Solat Sunat Dua Rakaat Sesudah Maghrib

“Sahaja aku solat sunat sesudah Maghrib dua rakaat kerana Allah Taala.”

#5 – ISYAK

Niat Solat Sunat Dua Rakaat Sebelum Solat Isyak

“Sahaja aku solat sunat sebelum Isyak dua rakaat kerana Allah Taala.”

Niat Solat Sunat Dua Rakaat Selepas Solat Isyak

“Sahaja aku solat sunat sesudah Isyak dua rakaat kerana Allah Taala.”


Kongsikan Artikel Ini

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.

Anas

Seorang penulis yang suka bereksperimentasi dengan pelbagai bidang dalam penulisan. Pernah menulis buku kanak-kanak dan juga majalah.

Kempen Dakwah Digital

Boleh Sumbangkan RM50 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Langgan Siri Tazkirah

Dapatkan siri informasi islamik yang ringan dan santai terus kepada emel anda setiap minggu dengan mengisi emel anda di bawah.

Ikuti Kami