Setiap orang mengimpikan sebuah keluarga yang bahagia. Proses mewujudkan pernikahan yang diimpikan setiap pasangan bukanlah perkara mudah. Ia memerlukan usaha dan komitmen dari kedua belah pihak kerana masing-masing memiliki perbezaan karakter dan latar belakang.
Persiapan dari segala aspek perlu dilakukan agar perhubungan berjalan dengan lancar. Berikut adalah beberapa tips menuju pernikahan sebelum menikah agar beroleh mawaddah dan rahmah di dalamnya.
Ini adalah perkara utama yang perlu diambil berat. Kebanyakan pernikahan yang berlangsung tanpa restu orang tua akan berakhir dengan perpisahan kerana tidak beroleh keberkatan.
Bincangkan mengenai matlamat pernikahan yang hendak dibina bersama dengan pasangan agar masing-masing mendapat kesepakatan, kerana perbezaan pendapat boleh mengeruhkan hubungan dan menjadi punca keretakan rumahtangga.
Buat senarai mengenai apa-apa yang perlu dilakukan, mencari vendor pernikahan, tempat, upacara, biaya dan sebagainya. Peranan keluarga juga perlu dilibatkan untuk membincangkan mengenai waktu yang baik untuk mengadakan pernikahan.
Agama adalah ‘pemandu’ arah hidup seseorang. Oleh itu, penting untuk bersama dengan seseorang yang sama dari sudut akidahnya agar kita boleh melangkah ke arah yang sama juga.
Masalah ekonomi kerap menjadi penyebab perceraian. Sebaiknya, buatlah persepakatan antara kita dan pasangan tentang ekonomi dan rancanglah sesuatu untuk masa depan.
Duit atau wang bukanlah segalanya, tetapi dengan perencanaan kewangan yang baik kita boleh menstabilkan kehidupan berrumahtangga kelak.
Pernikahan tidak hanya melibatkan dua orang, bahkan dua buah keluarga. Usahakan untuk mendekatkan kedua buah keluarga ini agar saling mengenali antara satu sama lain secara baik, supaya hubungan antara keluarga juga dapat terjalin dengan baik.
Kita pasti ingin pasangan menerima masa lalu kita, demikian juga kita harus berusaha menerima masa lalu pasangan, sekalipun hal tersebut kurang menyenangkan.
Jika sudah yakin untuk bernikah, ini bermakna masing-masing sudah meyakini kesetiaan pasangan melalui pelbagai ujian yang dilalui bersama sebelum pernikahan.
Kesepakatan antara pasangan dalam menjalankan peranan masing-masing perlu diambil berat. Pastikan pandangan antara calon suami dan isteri sama agar perbezaan pandangan mengenai masalah peranan di rumah tidak menjadi penyebab suami isteri sering bertengkar.
Selain persiapan dari sudut fizikal, mental juga perlu dipersiapkan. Ini kerana, setelah menikah kelak tanggungjawab yang digalas juga akan berbeza, bukan hanya terhadap diri sendiri bahkan kepada suami, isteri atau anak.
Tidak mungkin semua persiapan dapat dilakukan secara berdua sahaja. Sudah pasti kita memerlukan bantuan orang lain untuk menyokong persiapan tersebut, contohnya teman atau keluarga.
Adakalanya ketika sibuk mempersiapkan pernikahan, masing-masing jarang berkomunikasi dengan pasangannya.
Oleh itu, salah satu cara untuk membuatkan pasangan bahagia menjelang pernikahan ialah dengan menjaga komunikasi agar ia tetap terjalin dengan baik dan masing-masing mengetahui keadaan pasangan.
Ego adalah perkara paling sukar untuk dikawal ketika berhubungan dengan orang lain. Hindarkan diri daripada menunjukkan ego secara berlebihan agar tidak merosakkan hubungan dengan pasangan menjelang pernikahan.
Tetaplah memelihara perasaan saling mencintai dan komitmen awal saat menjalinkan hubungan agar ia terus mekar hingga ke alam pernikahan dan selepasnya.
Menjadi suami isteri bererti memiliki rasa saling mempercayai dan menghormati antara pasangan. Rasa percaya dan hormat menjadi landasan yang kuat untuk menjaga hubungan agar tetap mesra.
Pihak ketiga bukan hanya orang luar, tetapi mungkin pihak keluarga juga. Sepakati bersama bahawa semua persoalan rumahtangga akan diselesaikan berdua tanpa pihak ketiga yang akan mengeruhkan lagi hubungan suami isteri.
Semoga tips ini dapat menjadi panduan kepada bakal pasangan yang hendak melangkah ke alam rumahtangga. Juga, kepada mereka yang sudah melayari bahtera ini untuk mempertahankannya dari ‘ribut taufan’ yang tidak diduga.
Mudah-mudahan impian untuk memiliki sakinah, mawaddah dan rahmah dalam rumahtangga menjadi kenyataan. Wallahua’lam.
Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.
Kempen Dakwah Digital
Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.